Utama Inspirasi "Kalau Tidak Kerana Agama Mana Mungkin Dia Sehebat Ini.." - Bonda Rozita

“Kalau Tidak Kerana Agama Mana Mungkin Dia Sehebat Ini..” – Bonda Rozita

Selain memiliki partner yang bertanggungjawab, mempunyai mentua baik hati juga merupakan salah satu kunci kebahagiaan rumah tangga. Hal ini kerana mereka saling memberi sokongan dan menyayanginya persis anak sendiri saat ditimpa ujian. Seperti yang dilakukan oleh pengasas kosmetik dan jamu iaitu Bonda Rozita Ibrahim terhadap menantunya, Datin Shahida menerusi perkongsian di Instagram.

BACA : Meraung Tengok Mama Pergi, Detik Perpisahan Datin Shahida & Anak Meruntun Jiwa

Kalau tidak kerana agama mana mugkin dia sehebat ini..

Menurut kapsyen yang ditulis, Datin Shahida adalah menantu dan sahabat baiknya merupakan seorang yang sangat penyabar dalam menempuh ujian. Walaupun mereka tidak pernah ada talian persaudaraan, namun dia tetap memuliakan wanita itu selaku ibu kepada cucu-cucunya.

Sabar itu kemampuan seseorang tahan & kawal diri

Tambah ibu kepada jutawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri ini lagi, semua masalah terjadi adalah kerana seseorang itu tidak dapat bersabar dan mengawal diri. Jelasnya, sabar adalah sikap yang disukai oleh Allah SWT dalam apa jua situasi sekalipun.




Kebaikan..ketenangan, keburukan..kesengsaraan

Bonda Rozita juga memberitahu bahawa perkara paling utama yang perlu dilakukan adalah mengawal niat sehingga semuanya akan kelihatan baik. Malah dengan izin Allah SWT, orang lain juga akan merasai segala kebaikan sekali gus mendatangkan ketenangan.

Bagus mak mentua ni, menantu pun penyabar..

Perkongsian Bonda Rozita ini jelas sekali telah meraih perhatian para netizen lalu membanjiri ruangan komen di entri tersebut. Dalam pada itu, ada juga netizen yang memuji keserasian antara mentua dan menantu ini.

Sumber : IG Bonda Rozita Ibrahim




Artikel Popular