Memang tidak dinafikan kebanyakan pantang larang orang dahulu bagi ibu lepas bersalin masih lagi digunakan pada masa kini termasuklah larangan melakukan kerja-kerja berat. Hal ini bagi mengelakkan perkara tidak diingini berlaku. Itulah yang terjadi kepada pemilik akaun Facebook bernama Suria Mohammad apabila dia mengalami masalah kesihatan serius ketika berpantang anak ke-3 kerana mengemas rumah.
BACA :Â Sedih Doktor Sahkan Rahim Dah ‘Kosong’, Rupanya BFF Sendiri Duri Dalam Daging
Dalam pantang boleh sapu sampah tak?
Menurut kapsyen yang ditulis, Suria berpendapat bahawa petua pantang orang terdahulu bertujuan untuk mendidik masyarakat terutama sekali golongan muda. Perkongsiannya itu merujuk kepada paparan skrin pertanyaan seorang individu menerusi FB page Kelab Ibu Hamil Berpantang Dan Menyusu Bayi mengenai isu berkenaan.
Menyapu bawah meja, sental tandas
Dalam pada itu, dia turut berkongsi pengalamannya berpantang sendiri sambil dibantu oleh suami selepas bersalin anak ketiga. Pada waktu itu, dia berasa sangat kuat kerana terus mengemas rumah termasuklah menyapu dan mencuci tandas walaupun baru berpantang hari ke-4.
Nurse tegur muka pucat, bleeding teruk
Selepas seminggu bersalin, jururawat datang ke rumahnya untuk membuat pemeriksaan kesihatan tapi dia telah ditegur kerana mukanya kelihatan pucat. Keesokan harinya pula, Suria mula rasa tidak selesa menyebabkan suaminya terus bergegas ke pusat perubatan. Selepas dirawat, ia berlaku lagi menyebabkan perlu dirujuk ke HospitaI Manjung untuk pemeriksaan lanjut.
Doktor bagi antibiotik elak jangkitan atau..
Sejurus tiba, doktor terus melakukan beberapa prosedur termasuklah imbasan pada bahagian rahimnya dan memberi antibiotik bagi mengelakkan jangkitan. Jika keadaannya masih pulih dalam tempoh 24 jam, berkemungkinan rahimnya akan dibuang.
Punca bleeding, guna tenaga dalam keadaan lemah
Selepas beransur pulih, Suria perlu membuat rawatan susulan dan dia bersyukur kerana semuanya berada dalam keadaan baik. Antara puncanya adalah kerana dia menggunakan tenaga dalam keadaan yang masih lemah. Sejak dari itu, dia mengambil iktibar tentang betapa pentingnya pantang larang orang terdahulu.
Sumber : FB Suria Mohammad