Kebelakangan ini, banyak cerita buruk mengenai pusat asuhan atau orang gaji membuatkan ramai ibu bapa mula mengambil langkah berjaga-jaga. NamunĀ atas kesibukan kerja, apa lagi pilihan yang dimiliki oleh ibu bapa selain menggajiĀ pengasuh? Jika sudah mengambil pengasuh, maka ibu bapa perlu bersedia dengan pelbagai risiko. Sama seperti kisah seorang ibu ini yang akhirnya berjaya membongkar kegiatan keji pengasuh terhadap bayinya.Ā
BACA:Ā Nyawa Boleh Melayang, Tak Berbaloi Senyapkan Alarm Kereta Guna Seatbelt Clip
Video yang tular sejak beberapa hari lepas ini dipercayai dimuat naik oleh ibu ini sendiri di ruangan Instagram miliknya. Dalam video tersebut, seorang bibik ini telah mengaku bersalah mencampurkan ubat tidur dalam susu bayinya. Menyorot kronologi, bibik ini baru bekerja dengan dia selama 3 bulan. Selain itu, dia juga amat mengagumi bibik ini kerana pandai menjaga kanak-kanak, malah anak pertamanya juga rapat dengan bibik berkenaan.
Kecurigaan terhadap pengasuhnya itu bermula apabila anak keduanya yang masih bayi sering mempunyai masalah untuk bangun daripada tidur walaupun sudah mencuba pelbagai cara untuk mengejutkannya. Atas alasan itu, dia mengambil nasihat kawan-kawan yang menyuruhnya memeriksa susu takut-takut dicampurkan ubat tidur sehinggalah..
Malam itu suami saya suruh mengejutkan bayi kami, tetapi tidak sedar juga selepas ditepuk-tepuk, dikucup dan diangkat.
https://www.instagram.com/p/B1HNmwPjifg/
Letak ubat tidur dalam susu bayi
Ibu tersebut berasa hairan dengan keadaan anaknya dan terus memeriksa susu yang diberikan. Hasilnya, dia menyedari terdapat campuran ubat tidur yang berbau seperti anggur merah di dalam baki susu berkenaan. Akhirnya, setelah disoal siasat pengasuh wanita ini mengaku yang dia telah mencampurkan ubat tidur itu supaya bayi cepat tidur dan mudah dia bekerja.Ā
https://www.instagram.com/p/B1HNvOHDIef/
Biar saya kucup kaki ibu… Kalau orang lain pasti tidak ada peluang, pasti diseret.
Dalam posting seterusnya, majikan ini memberitahu yang dia telah memaafkan pengasuhnya dan tidak akan membawa perkara ini kepada pihak berwajib. Dia berbuat sedemikian kerana berasa kasihan dengan pengasuhnya yang juga mempunyai anak-anak apalagi anaknya juga perempuan. Bukan niat untuk menghukum sesiapa, dia berharap perkongsiannya itu dapat dijadikan iktibar oleh ibu bapa diluar sana supaya lebih berwaspada dengan pengasuh yang diupah.Ā
Sumber: IG febevierza912