Utama Gaya Hidup Nyawa Boleh Melayang, Tak Berbaloi Senyapkan Alarm Kereta Guna 'Seatbelt Clip'

Nyawa Boleh Melayang, Tak Berbaloi Senyapkan Alarm Kereta Guna ‘Seatbelt Clip’

Bayangkan anda sedang memandu ikut kadar had laju yang ditetapkan, namun tiba-tiba ada sebuah kereta pula datang dari arah bertentangan dan merempuh kereta anda. Pada masa itu jika tali pinggang keledar atau seat belt dipakai, maka keselamatan nyawa anda sudah terjamin 60 peratus. Tapi jika anda memilih untuk mengabaikannya, anda bahkan mungkkin boleh tercampak keluar daripada dan lebih berisiko untuk berlakunya kemaIangan jiwa.

BACA: Jangan Salahkan Ibu Yang Mengandung, Doktor Dedah Punca Sebenar Keguguran

“Senang doktor, takde berbunyi alarm tu. Runsing saya!”




Walaupun zaman sekarang ini tekonologi keselamatan pada setiap kereta sudah meningkat, tapi ada sahaja orang yang memilih untuk mengabaikannya. Menerusi status panjang di FB miliknya baru-baru ini, Doktor Ahmad Firdaus telah menegur pengguna alat yang menipu sistem penggera seat belt kereta.




Sekarang ramai yang maut akibat tercampak daripada kenderaan…

Teguran ini bukan dibuat saja-saja tau. Hakikatnya, pernah ada pemandu yang kehilangan nyawa apabila kenderaan yang dipandu terlibat dalam kecelakaan jalan raya sambil menggunakan alat tersebut. Selain seat belt, alat keselamatan seperti airbag juga tidak mampu dilepaskan kerana kereta itu ‘menyangka’ bahawa si pemandu masih selamat.




Semua boleh berlaku tanpa disangka…kita mesti berikhtiar

Mengulas lanjut mengenai trend ini, Doktor Ahmad Firdaus menyatakan bahawa penggunaan alat tersebut adalah sangat tidak berbaloi jika mahu dibandingkan dengan nilai nyawa. Justeru, tindakan yang paling bijak adalah sentiasa berwaspada agar jangan menyesal di kemudian hari pula nanti.




Gambar sekadar hiasan

Sumber: FB Ahmad Firdaus




Artikel Popular