Utama Artis Nyanyi Bersama Di IG Live, Peminat Bimbang Bella Astillah Masih Tak Move...

Nyanyi Bersama Di IG Live, Peminat Bimbang Bella Astillah Masih Tak Move On?

Semua orang pasti tahu mengenai kontroversi rumah tangga yang mengaitkan pelakon dan penyanyi Bella Astillah dengan Alif Aziz beberapa bulan yang lalu. Disebabkan itu, mereka telah mengambil keputusan untuk berpisah pada Mei 2019. Biarpun begitu, Aliff kelihatan seperti masih lagi mengambil masa untuk melupakan bekas isterinya apabila dia sering mengunjungi live session yang dibuat penyanyi itu di Instagram. 

BACA: Padah Curi Wang Harta Benda Orang Lain, Aliff Aziz Didenda Ribuan Ringgit?

Terbaharu, seorang pengguna Twitter yang menggunakan nama akaun EBatrishia telah berkongsi semula video yang dipercayai dirakam sewaktu IG Live yang dibuat oleh artis kelahiran Sabah itu. Lantas, kelibat bekas suaminya yang turut serta dalam sesi video terbabit sekali lagi telah mendapat perhatian. 




Aliff join Instagram Live Bella

Dalam video tersebut, mereka kelihatan sedang menyanyikan sebuah lagu berbahasa Inggeris secara duet. Jika ditinjau pada babak berkenaan sahaja, terdapat beberapa komen yang dilontarkan di bahagian wall IG Live terbabit seolah-olah kurang senang apabila mereka masih melakukan video bersama. 

Alif awak gila taIak ke?




Muka Aliff minta penampar

 

Bagaimanapun, bukan semua orang yang berfikiran sebegitu kerana ada juga netizen yang suka melihat perhubungan yang terjalin dan mendoakan yang terbaik buat kedua-dua selebriti ini. Keseluruhannya, video terbabit telah mendapat lebih 4 ribu retweets dan 5 ribu likes setakat ini. 

Sumber: Twitter EBatrishiaa




Artikel Popular