Pernah dahulu tersebar kontroversi berkaitan artis tempatan yang dinasihatkan doktor untuk gugurkan kandungan dengan cara memakan nenas. Namun sebenarnya tidak ada kajian saintifik berkaitan perihal tersebut. Perkongsian dari Doktor Rizal Abu Bakar di ruangan facebook miliknya, pasti mengubah persepsi kita semua. Menurutnya, nenas adalah superfood dimana ia amat baik untuk seluruh bahagian badan, dan bagus untuk dimakan setiap hari.
BACA:Hilang 10KG Cuma Sebulan? Pemuda Ini Kongsi Tips Berkesan Tampil Slim

Buah nenas mungkin bukan pilihan ramai kerana rasanya yang seakan tajam, namun nenas amat kaya dengan nutrisi yang sebenarnya sangat bagus untuk mencantikkan kulit, kurangkan berat badan, baik untuk otak, sumber tenaga, dan juga anti-tekanan. Berikut ialah kandungan nutrisi nenas.

 Vitamin C: hapuskan lendir,kahak dan legakan sinus

Bromelain: Hilangkan keradangan, kecilkan tumor serta redakan osteorthritis


Manganese: Baik untuk otak

Thiamin: Kurangkan tekanan

Nenas juga mampu merubah mood ke arah yang lebih baik. Dr Rizal juga turut menambah mineral lebih banyak di bahagian empulur atau bahagian batang jadi lebih baik untuk makan daripada dibuang. Baca pula perkongsian fakta yang diberikan oleh Kement3rian Kesihatan Malaysia (KKM) ini.
Fakta nenas

Melancarkan haid

Beberapa potongan nenas tidak menjejaskan kehamilan
Hanya perlu berjaga-jaga jika perut sensitif

Selamat dimakan ketika haid atau hamil

Sumber:Â Dr Rizal abu bakar & KKM
			

