Viral seram

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya
Rasaflix

Sharing is caring!

Setiap kali menempuh satu perjalanan jauh, pasti kita akan singgah di mana-mana stesen pam minyak berdekatan untuk berehat atau mengisi semula minyak kenderaan yang dinaiki. Namun lain pula ceritanya bagi sebuah stesen minyak ini sehinggakan ramai orang tidak menyarankan sesiapa pun bersinggah di situ.

BACA: [VIDEO] Serba Putih & Badan Besar, Kelibat Misteri Dirakam Duduk Atas Bumbung

Nampak macam beroperasi tapi sebenarnya tidak

Menerusi satu bebenang yang dikongsikan oleh @anak_chelah di Twitter, sebuah stesen pam minyak di Pasir Mas didakwa mempunyai penunggu. Walaupun dari luar kelihatan seperti terang dan beroperasi, sebenarnya stesen itu sudah lama ditutup. Malah ada yang mendakwa entiti seperti manusia yang sering dilihat pula merupakan makhluk halus menghantui kawasan berkenaan. Tambahnya lagi, di belakang tempat itu merupakan sebuah tanah perkuburan.

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Ingatkan orang saja buat cerita

Dalam satu pendedahan lain pula, seorang lelaki dikatakan telah berjaya membuktikan kewujudan satu entiti yang dipercayai merupakan penunggu stesen pam minyak tersebut. Pada mulanya, dia tidak percaya dengan dakwaan kawasan tersebut berhantu namun. Akan tetapi, beberapa keping gambar telah ditangkap dan sebuah entiti seakan-akan manusia kelihatan sedang berdiri di tepi stesen minyak berkenaan. Kata lelaki berkenaan, mereka singgah kawasan terbabit selepas salah seorang rakan membuka cerita mengenai stesen pam minyak berkenaan.


Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Sumber: FB Anok Jati Pasir Mas, Twitter @anak_chelah

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

Nampak Macam Stesen Pam Minyak Biasa, Tapi Ada Kisah Seram Di Sebaliknya

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram