Nabil Buat Lawak Kasar & Sentuh Isu Peribadi – “Tak Ramai Boleh Tackle Tok Ram”

Kemunculan pelawak dan pengacara Nabil Ahmad sebagai hos di rancangan realiti Gegar Vaganza telah menjadi tunggak utama sebagai orang yang memeriahkan suasana konsert tersebut. Paling ketara sekali apabila baru-baru ini dia dan Jihan Muse membuat gurauan ‘kasar’ sewaktu berinteraksi dengan juri tetap, Datuk Ramli M.S. atau lebih mesra disapa Tok Ram. Walaupun ia kelihatan lawak, namun tidak dinafikan ada sesetengah pihak yang rasa kurang senang.

BACA : [VIDEO] Jihan Minta Datin Alyah Kucup Tangan Tok Ram, Sekali Dapat Respon Pedas

Sentuh isu peribadi tanpa buat Tok Ram terasa hati

Menerusi Media Hiburan, Nabil memberitahu bahawa biarpun aksi jenakanya kadangkala menyentuh isu peribadi diketengahkan pada setiap minggu tapi ia tidak membuatkan pengarah muzik tersebut terasa hati. Disebabkan itu, ada pihak memuji aksi spontannya. Ia juga menjadi tanda tanya ramai ‘ilmu’ apakah yang digunakan sehingga boleh membuat figura yang terkenal dengan sifat serius dan tegas itu boleh bersikap lebih ‘mesra’.

Advertisement

Tak ramai boleh ‘tackle’ Tok Ram, kena versatil

Advertisement

Dalam pada itu, pengacara berusia 36 tahun ini mengakui cara pengacaraannya sangat berbeza sejak mengendalikan GV kerana dia cuba untuk menjadikannya sebagai rancangan hiburan yang santai dan menghiburkan. Tambahnya lagi, Tok Ram mempunyai karakter yang berbeza sewaktu di Akademi Fantasia kerana beliau sangat serius. Jadi, Nabil cuba untuk ‘menjinakkannya’ dengan cara berlawak.

Advertisement

Sumber : Media Hiburan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement