Viral

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

Sharing is caring!

Sudah menjadi kebiasaan ketika duduk rumah sewa khususnya buat mahasiswa universiti, sikap toleransi haruslah diterapkan demi kepentingan bersama. Jika tidak, maka akan muncul perasaan tidak puas hati sehingga menimbulkan pertelingkahan mulut. Antara isu yang sering menjadi konflik ramai adalah tentang kebersihan rumah. Sekali dua buat sepah, mungkin kita boleh bantu untuk bersihkan. Namun kalau sudah berkali-kali berlaku, siapa saja yang mampu menahan sabar lagi kan?

BACA : Baru Bersalin 6 Bulan Tapi Terhamil Lagi, Suami Tolonglah Bagi Isteri Berehat

Semua orang dalam rumah ‘palau’ aku sebab selalu maki

Itulah kata-kata yang sesuai menggambarkan nasib seorang gadis ini apabila dirinya tersepit di dalam situasi housemate pengotor. Dek kerana terlalu geram, dia mendedahkan perkara tersebut menerusi Twitter sehingga mendapat ribuan retweet daripada netizen. Menurut gadis ini, dia telah menasihati rakan serumahnya itu sampai ‘berbuih mulut’, malangnya mereka terus-terusan dengan perangai tidak bertanggungjawab tersebut. 


[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

Area tong sampah dapur, ada sisa berkecah

Tidak cukup dengan keadaan periuk nasi berkulat yang sungguh menjijikkan itu, mereka juga tidak menguruskan najis sendiri apabila selesai menggunakan tandas. Jangan kata pinggan mangkuk sahaja yang tidak dibasuh, malahan rambut gugur di sekitar rumah juga hanya dipandang sebelah mata sahaja. Bagi orang perempuan, pastinya anda lebih mengerti bagaimana keadaan rambut bersepah yang dimaksudkan oleh gadis ini. 

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain [FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain
Gambar sekadar hiasan

Kami satu rumah pengotor? Jom judge bilik dia pula


Meskipun gadis berkenaan tidak mendedahkan individu sebenar di sebalik rumah ‘tongkang pecah’ berkenaan, namun tiba-tiba ada yang termakan cili sehingga bertindak menyebarkan aib lain. Individu berkenaan telah berkongsikan pula keadaan bilik gadis yang tadinya ‘meroyan’ tentang kekotoran rumah mereka. Namun tidak lama kemudian, netizen berpendapat  keadaan bilik itu tidaklah menjijikkan kalau nak dibandingkan dengan sikap pengotor pada awal pendedahan.

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

Malas nak layan…Banyak lagi benda kena buat

Katanya, dia telah berusaha untuk berbincang dengan rakan serumahnya secara damai. Namun perancangan tersebut tidak pernah menjadi kerana keberadaan orangnya tidak pernah cukup. Sedar bahawa tidak ramai yang berpihak kepadanya, thread berkenaan telah dipadamkan terus daripada akaun Twitter individu terbabit.


[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter 

Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[FOTO] ‘Kantoikan’ Pasal Housemate Pengotor, Tiba-Tiba Ada Yang Buka Aib Lain

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram