Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Artis

Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage

23rd January 2023
in Artis, Hiburan, Viral
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
2.2k
SHARES
12.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Malam tadi seperti biasa rancangan realiti nyanyian, Famili Duo bersiaran langsung di kaca TV. Namun, berlaku sebuah insiden yang menimbulkan kekecohan terhadap pasangan duo, Naim Daniel dan Sissy Iman. Mereka yang mempersembahkan lagu Jampi dengan susunan muzik keroncong mendapat kecaman hebat dari juri tetap, Mas Idayu atau lebih mesra dipanggil Mummy.

BACA : Berbaju Kurung Simple Dan Bertudung Ayu, Anju Sah Tunangan Datuk

Melangkah masuk ke minggu keenam, Famili Duo pada malam itu bertemakan tradisional dimana setiap pasangan hendaklah mempersembahkan lagu yang berunsur irama tradisi tersebut. Cuba mencipta kelainan, pasangan duo Naim Daniel dan Sissy Iman memilih untuk menggubah susunan lagu Jampi kepada keroncong. Walaubagaimanapun, persembahan yang dibawa tidak berjaya memfokuskan elemen tersebut selain vokal Sissy Iman dikatakan tidak sesuai.

Menerusi sedutan rancangan itu yang dirakam pengguna Tiktok @aswadcici, sejurus selesai persembahan, Mummy diminta untuk memberikan komen terus menengking pasangan duo tersebut. Beranggapan mereka tidak serius dalam menjayakan persembahan walaupun sudah 6 minggu rancangan itu berlangsung, Mummy menjelaskan yang pasangan itu sepatutnya sudah mahir mencari lagu yang bersesuaian dengan vokal mereka. Tambahnya, dia menerima baik susunan lagu yang menggunakan elemen unik itu namun vokal yang dipersembahkan terlalu kasar untuk didengar.

@aswadcici

mami mas idayu marah naim daniel dan sissy iman di famili duo tv3 😭#familiduo #familiduotv3

♬ original sound – aswadcici – aswadcici

“Betul betul mummy rasa macam nak marah ni. Betul betul.”

Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Kredit Foto : TV3

Walaubagaimanapun, Sissy Iman gagal menahan air mata sebelum didakap oleh hos rancangan itu, Janna Nick. Naim Daniel menerima baik kritikan pedas tersebut dan berterima kasih kepada Mas Idayu. Walaupun tidak mencapai jangkaan, dia berharap penonton terhibur dengan persembahan yang dibawa mereka. Dia juga menegaskan bahawa pasangan duetnya, Sissy Iman telah berusaha bersungguh-sungguh dalam melaksanakan tema minggu itu.

@tv3malaysia

Min percaya @Sissy Imann seorang yang kuat! 💪 Dont give up Sissy! Min sentiasa support Sissy tau! Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! Kita dah takde LIVE di youtube yaa..

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Pihak TV3 sempat menemubual Naim Daniel selepas rancangan itu berakhir dan bila ditanya berkenaan kejadian yang berlaku, dia bersikap positif untuk menerima komen tersebut selain menjelaskan program ini merupakan program kekeluargaan yang sepatutnya menghiburkan penonton. Dia menegaskan bahawa dia dan Sissy Iman sudah melakukan yang terbaik mengikut kemampuan mereka. Penyanyi itu juga percaya komen yang diberikan Mas Idayu adalah kerana juri itu lebih arif dan berpengalaman.

@tv3malaysia

Kita dengar apa yang @Naim Daniel hendak suarakan tentang persembahan mereka tadi. Strim LIVE HD di Tonton dan Saksikan #FamiliDuoTV3 setiap Ahad jam 9.00 malam di TV3! Kita dah takde LIVE di youtube yaa..

♬ original sound – TV3Malaysia – TV3Malaysia

Kredit : Tiktok @aswadcici, Youtube TV3, Tiktok TV3

Tags: famili duomamiMas Idayumenangismenyanyimummynaim danielsissy iman

Related Posts

Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Keluarga

Duit Lesap Dalam 3 Hari, Suami Isteri Puas Belanja Beli Iphone Guna Duit Pesara

29th March 2023
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Artis

Trauma Sampai Menggigil, Bella Astillah Akui Bukan Senang Nak Lalui Fasa Itu

29th March 2023
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Artis

“Tunjuk Bukti Kalau Tak Boleh Nak Bayar” – Bekas Isteri Sam Bunkface Tuntut Hak

29th March 2023
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Artis

Bagi Kenyataan Tanpa Hujah, Adik Ipar Diana Danielle Persoal Punca Anak Trauma?

29th March 2023
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage
Artis

Dipujuk Namun Tak Dilayan, Diana Tetap “Kekal” Dengan Tindakan Tak Nak Berbaik

28th March 2023
Next Post
Mummy Tengking Sissy Iman Dan Naim Daniel Sampai Menangis Atas Stage

Isu Ditengking Juri Hingga Menangis, Naim Pujuk Sissy -"Tak Mengapa, Saya Ada"

Kurung Moden Mawar

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)