“Mulut Jahat Tapi Hati Dia Baik…”-Sebenarnya Tiada Istilah Begitu Dalam Islam

Apabila seseorang itu membuat kesilapan tidak kira kecil mahupun besar, kita memang digalakkan menegur agar dia tersedar daripada khilafnya. Malangnya pada zaman sekarang, ramai orang suka menggunakan pendekatan ‘teguran sentap’ konon-kononnya mahu memberikan nasihat deep kepada si pelaku. Walhal sebenarnya, cara tidak berhikmah berkenaan mampu mengguris hati di samping membuatkan seseorang lebih jauh tersasar. 

BACA : Tiada Dalil Sohih Pun Sembunyi Atau Hebohkan Pertunangan..PU Azman

Bagi teguran sentap kononnya mendidik padahal…

Advertisement

Selain itu juga, masyarakat dilihat terus berpegang dengan stigma “mulut je jahat tapi hati baik” dalam memberikan teguran. Kata-kata cacian seakan-akan menjadi elemen wajib dalam teguran yang kononnya mahu menyedarkan silap orang lain. Namun tahukah anda, cara sedemikian rupa sebenarnya tidak digalakkan dalam agama kita? Perkara ini pernah dihuraikan sendiri oleh pendakwa terkenal, Ustaz Syamsul Debat menerusi Facebooknya. Memetik daripada saranan dalam agama, kita sendiri diperintahkan untuk menjaga setiap bait bahasa yang diucapkan tidak kiralah secara lisan mahupun penulisan di media sosial.

Gambar sekadar hiasan

Nabi suruh berzikir untuk imbangkan aktiviti lidah

Advertisement

Kenyataan di atas nampaknya membuktikan bahawa niat tidak semestinya menghalalkan cara. Oleh itu juga, pendakwah ini sempat berkongsikan semula cara junjungan besar, Nabi SAW untuk mengawal lisan yang terlalu ‘bermasalah’ ini. Pastinya kita menggunakan mulut untuk berkomunikasi sesama sendiri setiap hari untuk urusan kerja ataupun bersama keluarga. Namun jika diingat kembali, kebanyakan kita kurang mengucapkan zikir memuji kebesaran Allah Yang Maha Esa. Sebab itulah ditegaskan semula, zikir harus menjadi amalan harian agar lisan kita menyebut perkara murni sahaja.

Advertisement

Sumber : Facebook Syamsul Amri Ismail Official

Advertisement

Advertisement