Hiburan

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

Sharing is caring!

Selepas beberapa babak lucu, romantis dan juga air mata, drama rantaian ‘Jujurlah Nikahi Aku’ telah pun memasuki minggu akhir. Siapa sangka naskah yang diadaptasi daripada novel ini sering kali menjadi trending di laman sosial khususnya apabila menyaksikan watak Nurin Asyfa (lakonan Uyaina Arshad). Dalam drama berkenaan, dia dilayan kasar gara-gara memiliki kecacatan pada bahagian tangan.

BACA: “Hina Sangat Ke Nurin Mak?” – Penangan Ibu Jahat, Uyaina Habis Dilumur Tepung

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

Baru kahwin dah marah…ditolak masuk kolam

Jika sebelum ini dia sering dibenci oleh ibu kandungnya, Nurin bagaikan masih dihimpit dilema sama walaupun telah bernikah dengan majikannya iaitu Zanif (Amar Asyraf). Bukan sahaja dituduh berselingkuh pada hari perkahwinan, wanita naif itu bahkan pernah ditolak ke dalam kolam semata-mata mengajak suaminya beribadat. Meskipun diuji kelumpuhan, Zanif hanya menganggap semua itu sebagai hiburan sahaja.

Dipaksa lap kencing…kain yang jadi perhatian

Namun dalam kesemua adegan dipaparkan oleh drama tersebut, babak Zanif memaksa isterinya untuk mengelap air kencing di lantai telah mencuri tumpuan baru-baru ini. Siapa sangka kain yang digunakan untuk membersihkan cecair tersebut rupa-rupanya merupakan jersi sebuah kelab bola sepak terkenal. Tak cukup dengan itu, gumpalan kain itu malah ditonyoh ke arah muka Nurin yang pasrah diperlakukan sedemikian rupa.


Susah dapat isteri macam ni…tapi kenapa mesti jersi tu?

Rentetan daripada paparan tersebut, beberapa pengikut di laman Instagram milik Uyaina berseloroh mengenai perkara itu. Malah ada yang mengaitkannya dengan kekalahan berturut-turut pasukan ternama itu dalam kancah liga bola sepak di England. Dalam pada itu, rata-rata netizen pula bersedih melihat adegan itu kerana realitinya ia wujud dalam masyarakat kita.

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri


[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

Sumber: IG uyainaarshad


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] Tak Cukup Lap Kencing, Jersi Liverpool Ditonyoh Pula Pada Muka Isteri

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram