Alif Satar merupakan selebriti yang sering memuat naik foto bahagia bersama isteri dan anak-anak. Namun, perkara itu akan menjadi lebih indah apabila ahli keluarganya kini semakin bertambah. Itulah yang tergambar apabila mendapat perkhabaran tentang isteri kepada penyanyi dan pengacara ini yang selamat melahirkan anak ketiga pada 19 September 2019 semalam. Lebih menggembirakan kerana bayi tersebut merupakan anak lelaki pertama buat Alif dan isteri.
BACA: Alif Satar Kongsi Kapsyen Sempena Birthday, Isteri Luah Rasa Terharu
Perkara itu telah dikongsikan di laman Instagram isteri kepada Alif, Shadila Halid. Menurutnya di kapsyen, kelahiran anak lelakinya itu merupakan hadiah yang terindah buat suaminya sempena hari jadi.
Saya tak sempat untuk menulis ucapan hari jadi buat dia, tapi saya dah berjaya memberinya satu hadiah hari jadi yang sangat manis. Itulah anak lelaki. Saya berasa sangat terharu melihat suami menangis apabila melaungkan azan untuk anak
Selain itu, Shadila juga berasa amat tersentuh tatkala melihat Alif meluangkan azan buat anak lelakinya. Biarpun, tidak sempat untuk memberi ucapan istimewa kepada Alif tetapi kehadiran baby boy itu dianggap sebagai simbolik kepada hari yang cukup bermakna itu.
19 September 1990 & 19 September 2019
Dalam masa yang sama, Alif juga sempat berkongsi kapsyen di Instagram memberitahu kegembiraannya menyambut hero sulungnya itu. Lebih membanggakan dia dan anak berkongsi tarikh kelahiran yang sama.
Sumber: Instagram Alif Satar & Shadila Halid