Utama Cinta & Perhubungan "Kurang Saingan, Tak Ramai Kejar" - Ini 8 Sebab Lelaki Pilih Wanita...

“Kurang Saingan, Tak Ramai Kejar” – Ini 8 Sebab Lelaki Pilih Wanita Lebih Tua

Jodoh itu boleh datang dalam pelbagai bentuk dan cara. Kadang-kadang, kita mungkin ada pilihan tersendiri dalam memilih calon hidup. Bercakap soal calon, sekarang ini sudah menjadi trend lelaki memilih wanita yang lebih berusia sebagai peneman hidup. Jika dahulu, kita mungkin agak skeptikal dengan perkara ini tetapi nampaknya ramai yang sudah semakin terbuka pada masa kini. Lihat sahajalah dalam industri hiburan, ramai selebriti muda berkahwin dengan wanita berusia. 

BACA: Gaduh Kejap, Cepat Je Berbaik, Ini Antara 7 Sign Si Dia Adalah Jodoh Anda

Gambar sekadar hiasan

Tentu ada faktor yang mendorong lelaki sukakan wanita sedemikian. Jangan terkejut jika anda dapati lapan sebab ini membuatkan lelaki jatuh cinta pada wanita berusia.




1. Lebih matang

Pasti ramai yang sudah menjangkakan fakta ini. Benar, wanita yang lebih berusia lebih matang daripada segala segi. Misalnya, mereka lebih arif dalam membuat keputusan, berdikari dan bijak mengawal emosi. Tidaklah anda terbeban melihat si dia asyik merajuk dan blocked WhatsApp. 

2. Kewangan lebih stabil

Biarpun lelaki lebih banyak berbelanja dalam perhubungan, namun mereka juga inginkan seorang wanita yang kukuh daripada segi kewangan. Hal ini kerana, wanita yang stabil akan nampak lebih berkeyakinan.

Gambar sekadar hiasan

3. Peka & bijak

Kata orang pengalaman itu mendewasakan kita. Antara kelebihan yang ada pada wanita yang lebih berusia ini adalah mereka ini tidak takut untuk bersuara dan mengeluarkan pendapat.




4. Lebih serius

Bukan nak menuduh perempuan yang muda tidak serius dalam perhubungan, tetapi wanita yang berusia ini lebih fokus dan mempunyai matlamat yang jelas. Dengan umur yang semakin meningkat, mereka pasti tidak mensia-siakan hubungan yang telah dibina. 

5. Kurang saingan

Biasanya, gadis muda akan lebih diminati dan dikejar oleh lelaki. Bermakna, wanita yang lebih berusia ini kurang saingan. Ini menjadikan kelebihan buat para lelaki kerana mereka tidak perlu berasa terlalu bimbang partner dikebas orang.

Gambar sekadar hiasan

6. Bersifat keibuan

Bagi sesetengah lelaki, mereka inginkan seorang wanita yang boleh memahami dan menjaga mereka sama seperti ibu sendiri. Di sinilah, sifat lembut hati dan penyayang yang ada pada diri wanita lebih berusia telah memenangi hati jejaka di luar sana. 




7. Lebih berkuasa

Berbekalkan pengalaman hidup, wanita yang sudah berusia biasa menjadi ketua dalam keluarga atau sesebuah organisasi. Dalam hal ini, mereka mungkin sudah biasa memimpin dan tidak mustahil untuk mereka memimpin pula hati para lelaki 😉

8. Lebih pandai bawa diri

Lelaki tentu tidak suka jika si dia gagal mengawal diri dan asyik mengharapkan bantuan orang lain, bukan? Jika begitu, jalan selamat adalah carilah wanita yang lebih berpengalaman dan pandai berdikari. 

Gambar sekadar hiasan

Sumber: Pesona Pengantin




Artikel Popular