Utama Artis Masih Muda & Belum Serik Beranak - Mawar Rashid Idam Timang 2...

Masih Muda & Belum Serik Beranak – Mawar Rashid Idam Timang 2 Lagi Cahaya Mata

Rasanya bekas finalis Dewi Remaja 2014/2015 kacukan Melayu-Siam ini tidak perlu diperkenalkan lagi. Mawar Rashid atau nama sebenarnya Wan Mawar Shaputri binti Wan Abdul Rashid ini telah berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya iaitu Raf Yaakob. Hasil perkahwinan itu juga, mereka telah dikurniakan seorang cahaya mata lelaki yang diberi bernama Muhammad Raden Rafael pada tanggal 13 Mac lalu.

BACA : “You So Sweet” – Ramai Tersentuh Lihat Cara Mawar Layan Anak Tiri Di Meja Makan

Saya masih muda tapi perlu beri fokus pada Rafael

Menerusi portal Media Hiburan, Mawar tidak menolak rezeki menimang cahaya mata dan meluahkan rasa syukur sekiranya diberikan rezeki zuriat awal. Meskipun begitu, dia mengakui mahu memberi fokus terhadap anak dan kerjaya dalam tempoh 2 tahun sebelum memikirkan tentang menambah ahli keluarganya. Namun, pelakon drama ‘Isteriku Mem Besar’ ini bersyukur dan terima jika Allah SWT memberi rezeki anak.

Nak miliki 2 zuriat lagi, sangat gembira dikelilingi adik-beradik

Mengulas lanjut tentang perancangan cahaya mata pula, suami isteri ini mengakui bahawa menyimpan impian untuk memiliki 2 lagi zuriat bersama. Hasil perkahwinan terdahulu, Raf dikurniakan sepasang cahaya mata yang bernama Raden Ahmad Rayyan dan Raden Seri Raysaa Chanela. Malah 2 beradik itu berharap agar menerima adik perempuan. Tambah ibu muda ini lagi, dia memiliki pola keluarga besar dan turut memiliki hubungan adik-beradik yang rapat.




Sumber : Media Hiburan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI