Utama Hiburan Muncul Bunyi Guli Di Live MeleTOP, Riak Muka Neelofa Makin Tambah...

[VIDEO] Muncul Bunyi Guli Di Live MeleTOP, Riak Muka Neelofa Makin Tambah Seram

Pada semalam, rancangan ‘MeleTOP’ yang bersiaran di Astro Ria telah menjemput kumpulan terkenal iaitu Floor 88 untuk ditemu bual. Bercakap tentang sebuah lagu mereka yang kian hangat diterima masyarakat sehingga mendapat jutaan tontonan di Youtube, satu bunyi aneh yang tiba-tiba kedengaran mula menjadi perhatian ramai. Percaya ataupun tidak, itulah kejadian yang berlaku ketika mereka ligat bersiaran semalam.

BACA : [VIDEO] Viral Graduan 4 Flat 7 Semester, Pemuda Buat Parodi Lawak Versi Riak

“Aku dah cakap dah…Dia bunyi lagi…”-Nabil

Kejadian aneh yang dimaksudkan adalah munculnya satu bunyi guli yang seolah-olah sedang melantun di atas lantai. Perkara tersebut membangkitkan mood seram memandangkan bunyi tersebut seringkali dikaitkan dengan kisah-kisah mistikal dalam masyarakat kita. Sesi temu bual tersebut juga diberhentikan sementara oleh Nabil Ahmad yang menyedari hal itu terlebih dahulu.

Advertisement




“Studio ni memang sesuatu sikit…”-Neelofa

Wajah Neelofa serta ahli Floor 88 yang terus tergamam juga semakin menimbulkan tanda tanya sebelum mereka meneruskan perbualan kepada topik asal. Tidak cukup dengan itu, pengacara wanita itu pula mendedahkan kisah bahawa studio rakaman mereka memang agak ‘sesuatu’ dan mungkin hakikat tersebut mempunyai kaitan dengan kemunculan bunyi misteri berkenaan.

Nabil dengan Lofa pun terlepas cakap pasal studio tu

Menjengah ke ruang komen video tersebut di Youtube, netizen rupanya turut menyedari kejadian tersebut sekali gus mula berteka-teki dengan kesahihannya. Ada yang mula berkongsikan pengalaman sendiri dan menganggap kru MeleTOP menghadapi masalah teknikal ketika ia terjadi.

Advertisement




Sumber : Twitter Afdal Shahizad dan MeleTOP

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement