Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Tips

Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda

11th December 2019
in Tips, Viral
Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda
588
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Rata-rata kita mesti selalu rasa cemburu apabila ada rakan-rakan yang tidak ‘mengembang’ padahal selera makannya sangat besar. Bahkan apabila kita melihat semula situasi tersebut, mereka ini boleh makan seberapa banyak yang boleh tanpa perlu merisaukan kenaikan badan masing-masing. Bagaikan tidak percaya, namun demikianlah perkara yang sering berlaku kepada anda sendiri atau mungkin orang sekeliling, betul tak? Tapi ramai juga kurang tahu tentang faktor sebenar di sebalik tabiat makan tersebut.

BACA : Minum Bergelen Air Putih Kononnya Boleh Slim, Rupanya Boleh Jadi Punca Sawan

Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda
Gambar sekadar hiasan

Kuat makan tapi slim sebab lebih aktif

Menurut artikel daripada portal Seismik, sebenarnya orang yang sukar naik berat badan meskipun sudah banyak menelan makannya mempunyai gaya hidup lebih aktif. Meskipun kita melihat mereka seolah-olah tidak menghabiskan masa di pusat senaman, namun mungkin mereka banyak membuat non-exercise activity thermogenesis dalam kehidupan seharian. Senaman berkenaan yang meliputi aktiviti seperti menaiki tangga, mengemas rumah atau keluar membeli-belah didapati mampu meningkatkan metabolisme badan sebanyak 50%. Mereka juga mempunyai otot yang lebih banyak sekali gus menambah lagi kadar metabolisme dalam badan.

Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda
Gambar sekadar hiasan

Makan banyak tapi tiada karbohidrat atau lemak

Daripada portal Hello Sehat pula, perkara tersebut rupanya mempunyai kaitan dengan tabiat makan seseorang yang mengambil sumber makanan tidak mencukupi zat. Boleh jadi, anda hanya mengambil makanan yang mampu mengenyangkan tetapi tidak cukup kandungan karbohidrat ataupun lemak. Maka tidak hairanlah sekiranya berat badan anda tidak meningkat meskipun sudah menelan ‘bertan-tan’ makanan setiap hari.

Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda
Gambar sekadar hiasan

Jangan senang hati dengan badan yang disangka sihat

Namun di antara pelbagai punca yang sudah dinyatakan, anda perlu juga berhati-hati kerana barangkali ia berkait dengan masalah kesihatan seperti malnutrisi, kanser, diabetes mahupun masalah pencernaan. Sebab itulah orang yang slim tidak boleh terlalu senang hati dengan tubuh badan mereka yang disangkakan sihat. Pendek kata, memiliki bentuk atau berat badan ideal bukanlah satu-satunya penanda aras untuk mengukur kesihatan diri.

Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Portal Seismik dan Hello Sihat

Tags: badanmakannafsusakasihatslim
Next Post
Makan Macam ‘Saka’ Tapi Badan Masih Slim? Rupanya Ini Yang Jadi Pada Badan Anda

[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

Tas Crossbody Ringkas & Serbaguna untuk Wanita
Kurung Moden Santai untuk Penampilan Elegan

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)