Hiburan

[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu
Rasaflix

Sharing is caring!

Mula ditayangkan sejak 6 Disember lalu menerusi slot Akasia TV3, drama berjudul ‘Adellea Sofea’ yang diterajui oleh Mira Filzah (Sofea) serta Ungku Ismail Aziz (Firdaus) nampaknya terus mengumpulkan jumlah penonton yang ramai. Buktinya, mereka sering kali menjadi trending di Twitter apabila tamat bersiaran di TV3. Drama arahan Shahrulezad Mohameddin ini mengisahkan tentang 2 insan yang mula berkawan rapat dan menyulam perasaan menerusi perkenalan di media sosial.


BACA : Nasir Bilal Khan Tolak 20 Offer Lakonan Sebab Kecewa Drama Kini Tiada Hala Tuju

Dari tadi lama menanti, hati pun makin berapi

Semakin lama menyelami hati budi Firdaus, Sofea menjadi lembut hati sehingga mereka bersetuju untuk mendirikan rumah tangga bersama. Namun begitu, wanita berkenaan sebenarnya tidak sedar bahawa bakal suaminya itu menyembunyikan suatu rahsia yang cukup besar. Pada episod 4 semalam juga, jejaka tersebut akhirnya telah bertandang ke rumah Sofea untuk tujuan merisik. 

Gelojoh membalas pantun

Sudah menjadi adat dalam masyarakat Melayu, tradisi berpantun ibarat pembuka bicara sebelum menyunting bunga di taman. Namun situasi berbalas pantun di antara orang-orang tua tersebut yang terlalu meleret membuatkan Firdaus tidak mampu bersabar lagi. Biasalah orang bila nak kahwin ni, aura terujanya sungguh lain macam kan? Secara selamba, dia terus mencelah dengan pantun dua kerat yang cukup melucukan sekali sehingga mengejutkan orang lain di sudut ruang tamu itu.


[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu [VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

Baru nak rasa suasana Melayu lama tiba-tiba Melayu lama datang

Nampaknya, babak berkenaan berjaya menambah elemen lucu dalam episod yang ditayangkan semalam. Melihat kepada Instagram milik Mira Filzah sendiri, rata-rata netizen mengakui terhibur dengan lakonan selamba yang dibawa oleh aktor bertubuh tinggi lampai itu. Ada juga yang sempat berseloroh dengan lawak-lawak mereka.


[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu [VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu [VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

Sumber : Instagram Budak Ijat, Mira Filzah

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Lama Sangat Merisik Sampai Ngantuk, Babak Fir Gelojoh Balas Pantun Lucu

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram