Utama Viral "Mak Kata Aku Hilang Dari Kandungan 7 Bulan, Dah Pujuk Suruh Pulangkan...

“Mak Kata Aku Hilang Dari Kandungan 7 Bulan, Dah Pujuk Suruh Pulangkan Tapi..”

Bercakap tentang benda-benda mistikal khususnya melibatkan bunian, pastinya ramai yang sudah sinonim dengan kewujuan makhluk halus berkenaan. Mana tidaknya, begitu ramai yang pernah berkongsikan pengalaman mereka berhadapan dengan makhluk tersebut lebih-lebih lagi ketika mereka masih kecil. Percaya mahupun tidak, demikianlah juga kisah yang dialami oleh gadis bernama Dayana ini. Menerusi Twitter, dia mendedahkan hal itu dan perkongsiannya sudah meraih ribuan retweet.

BACA : [VIDEO] Episod Semakin Boring? Haha Kantoikan Derita Sebenar Ahli Running Man

Gambar sekadar hiasan

Pak cik kata aku kena ambil dengan bunian…

Kalau diikutkan, kanak-kanak memang banyak diganggu oleh makhluk halus ini. Namun Dayana pula mempunyai pengalaman berbeza kerana dia berhadapan dengan gangguan itu sewaktu berada dalam kandungan ibunya yang berusia 7 bulan. Ketika sedang berkelah di sebuah air terjun, siapa menyangka waktu gembira itu bertukar tragedi kerana kandungan si ibu seolah-olah ‘hilang’ sekali gus meresahkan ramai orang.

Gambar sekadar hiasan

Sebelum masuk bilik, mak macam tak sedap hati

Advertisement




Walaupun pak ciknya yang mempunyai sedikit ‘ilmu’ berkaitan mahkluk halus ini sudah menjalankan usaha agar Dayana dipulangkan semula, mereka hanya menemui jalan buntu. Namun ketika si ibu sudah nekad bertemu doktor untuk ‘mencuci’ kandungan yang tidak lagi bernyawa, akhirnya keadaan kembali tenang kerana degupan jantung bayi menunjukkan respon.

Gambar sekadar hiasan

Mak nangis sebab takut ayah buang betul-betul

Disangkakan sudah berakhir, rupanya Dayana terus-terusan menerima gangguan sewaktu dia sudah dilahirkan. Terlalu geram kerana anaknya sering dikacau, ayah Dayana pula bertindak kononnya mahu membuang budak berkenaan sebagai cara untuk menghalau makhluk yang suka mendekati. Siapa menyangka cara tersebut seakan membuahkan hasil kerana gadis ini tidak lagi diganggu. Namun sehingga ke hari ini, matanya pula mempunyai kebolehan melihat makhluk-makhluk ghaib.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter Dayana

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement




Advertisement