Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Cinta & Perhubungan

Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!

11th August 2019
in Cinta & Perhubungan, Inspirasi
Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!
609
SHARES
3.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Mengasuh serta mendidik anak-anak yang kian membesar perlulah dilengkapi dengan sifat kesabaran yang tinggi, lebih-lebih lagi apabila setiap anak itu mempunyai ragam dan perangainya yang tersendiri. Maka sudah menjadi lumrah sebagai ibu bapa, kadang-kala kita terlepas pandang tumpuan serta kelakuan yang kita tunjukkan terhadap anak-anak. Dan antara kesilapan yang biasanya dilakukan adalah sikap membeza-bezakan anak, tak kiralah sama ada antara mereka adik-beradik mahupun dengan anak orang lain.

BACA: Elak Susu ‘Drop’ Semasa Puasa, Para Ibu Perlu Ambil Berat 7 Langkah Ini..

Jangan Bezakan Anak-Anak..

Hakikatnya, inilah antara ujian yang terbesar dikirimkan oleh Allah agar kita semua boleh belajar untuk berlaku adil terhadap zuriat masing-masing. Sebagai peringatan untuk kita semua, fahamilah intipati perkongsian video daripada kaunselor motivasi terkenal iaitu Hj Hushim Hj Salleh ini.

Jangan bandingkan anak ikut pencapaian akademik

Menerusi kebanyakkan pengalamannya dalam menguruskan masalah anak-anak muda, ramai sebenarnya yang ‘muak’ dengan orang tua masing-masing. Menurutnya, perbandingan utama yang sering dilakukan oleh ibu bapa adalah dari segi pencapaian akademik. Anak yang pandai akan dipuja atau dilebihkan manakala yang kurang cemerlang pula akan dapat layanan biasa-biasa saja.

Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!
Gambar sekadar hiasan

Ibu bapa kena pandai jaga mulut depan semua anak

Jelas Hj Hushim lagi, rata-rata ibu bapa masa kini juga kadang-kadang tidak pandai untuk menjaga mulut sewaktu berinteraksi dengan setiap cahaya mata mereka. Terdapat banyak perkara sensitif yang boleh disentuh gara-gara perilaku ini termasuklah seperti membandingkan warna kulit, akhlak serta moral mereka. Selain itu, parents juga perlu elakkan daripada membandingkan antara anak lelaki dan juga perempuan.

Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!
Gambar sekadar hiasan

Selalunya anak yang kena banding itulah yang akan jaga ibu bapa sampai tua

Dalam pada itu, kaunselor ini turut berkongsi pengalaman ketika menemui golongan yang pernah berhadapan dengan masalah ini dalam hidup mereka. Hasil penemuannya, majoriti anak yang sering dibandingkan atau kurang cemerlang itulah yang akan menemani ibu bapa paling lama, Mana taknya, yang dah berjaya pasti akan sibuk dengan kerjaya masing-masing atau melanjutkan pelajaran jauh dari rumah. Setiap anak ada kelebihan masing-masing dan amalan negatif ini hanya memberikan kesan psikologi yang boleh berbekas sepanjang hayat mereka.

Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!
Gambar sekadar hiasan

Sumber: YouTube Hj Hushim Hj Salleh & Mingguan Wanita

Tags: akademikanakbandingberbekasbezaibu bapamak ayahtuaviral
Next Post
Mak Ayah Jangan Pernah Beza-Bezakan Anak, Takut Nanti Berbekas Sampai Tua!

Nyawa Boleh Melayang, Tak Berbaloi Senyapkan Alarm Kereta Guna 'Seatbelt Clip'

Gaun Elegan dengan Shawl Percuma - Kaisya Dress
Penyedut Tangan Berkuasa Tinggi - Bersih Dalam Sekelip Mata!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)