Antara yang menjadi kerisauan bagi para ibu yang baru sahaja atau masih menyusukan anak adalah bilangan susu badan tidak cukup. Oleh sebab itu, terdapat kelonggaran yang diberikan kepada golongan ini walaupun semua umat IsIam wajib berpuasa menjelang tibanya Ramadhan. Namun bagi mereka yang berasa bahawa diri mereka mampu untuk meneruskan rukun IsIam yang ketiga ini, terdapat beberapa langkah persediaan yang perlu anda lakukan setiap hari.
BACA:Â Suka Dengar Azan Detik Minat Dalami IsIam, Ibu Pelajar Mualaf Dedah Kisah Anak
Menerusi perkongsian daripada kaunselor laktasi yang bertauliah, iaitu Puan Nad Masrom ada berkongsi beberapa langkah yang wajib diamalkan supaya si ibu masih bertenaga walaupun berpuasa, manakala anak pula dapat minum susu yang secukupnya.
Waktu sahur…ambil makanan yang boleh beri tenaga dalam tempoh lama
Pam sesi pertama lepas sahur
Lakukan sesi mengepam seperti biasa ketika bekerja
Jika tak larat…berikan EBM pada bayi
Berbuka…makan kurma untuk tambah tenaga
Ganti air yang kurang dalam badan
Malam boleh pam lagi untuk esoknya
Selain itu, dia turut memberitahu bahawa amalan berpuasa bukanlah menyumbang kepada bilangan susu untuk drop, sebaliknya perkara itu akan terjadi apabila seseorang ibu itu terlampau letih dan kurang bertenaga seperti waktu lain.
Sumber: FB Ummi Najla