Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan

29th January 2020
in Viral
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
1.5k
SHARES
8.4k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Bagi sesetengah orang, majlis bertandang atau bahasa mudahnya ‘upacara menyambut menantu’ tetap dijalankan dengan penuh meriah persis sebuah majlis perkahwinan. Bahkan ada yang sanggup melaburkan lagi duit semata-mata mahu menempah pelamin, kanopi khas serta busana yang vogue demi menyempurnakan tradisi berkenaan. Namun bagi sepasang mempelai ini pula, kesederhanaan mereka melangsungkan majlis bertandang ternyata berjaya menarik perhatian netizen.

BACA : [VIDEO] Jatuh Masa Beria Tangkap Gambar, Nasib Baik Tak Hempap Geng Pengantin

Keayuan pengantin perempuan terserlah

Suami isteri bernama Siti Hajar Binti Zainul Abidin serta Zulhemy Bin Sulaiman ini melangsungkan majlis bertandang mereka di sekitar daerah Kulim, Kedah. Uniknya, mereka memilih busana tradisional yang cukup ringkas namun masih berjaya menyerlahkan keanggunan asli khususnya bagi pengantin perempuan.

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Kredit Foto : acappicture

Persis wanita Melayu terakhir

Hanya mengenakan busana merah menyala serta aksesori yang tidak terlalu sarat, elemen tersebut sebenarnya menonjolkan lagi seri pengantin baru ini. Selain baju kurung yang turut dihiasi dengan kain lace berona cream, bunga tangan milik pengantin perempuan juga turut menjadi tumpuan. Berbeza dengan mempelai lain, Siti Hajar memilih sanggul berbilah 7 serta bunga tangan besi berwarna gold sekali gus menaikkan elemen nostalgik ala-ala wanita Melayu terakhir.

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Kredit Foto : acappicture
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Kredit Foto : acappicture

Samping dan keronsang emas menaikkan seri pengantin lelaki

Pengantin lelaki juga boleh tahan kacaknya meskipun hanya mengenakan capal dan bersongkok biasa. Namun gabungan samping serta keronsang ala emas bersama baju Melayu teluk belanga merah itu benar-benar menghidupkan aura kepada imej lelaki berkenaan.

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Kredit Foto : acappicture
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Kredit Foto : acappicture

Simple tapi lawa baju diaorang

Bagi netizen yang sudah melihat imej mempelai ini, mereka benar-benar terjatuh hati dan memuji konsep ringkas tersebut. Bukan sahaja menyifatkan kedua-dua mempelai memang sama cantik sama padan, malahan mereka sempat mendoakan supaya perkahwinan itu kekal bahagia untuk selamanya.

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan

Sumber : Instagram Asyrafi dan Facebook Viral Media Johor

Tags: hajarkedahkurungmajlis bertandangmerahpengantinviral

Related Posts

Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Viral

14 Tahun Kahwin, Isteri Keliru Kenapa Suami Pilih Selingkuh Dengan Nenek

21st May 2023
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Berita Semasa

“Nak Pergi Kedai” – Orang Awam Terkejut Rupanya Budak 6 Tahun Yang Bawa Kereta!

10th May 2023
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Cinta & Perhubungan

Tema Wedding Ala Bunian,Satu Kampung Sepakat Pakai Serba Putih Sambut Pengantin

8th May 2023
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Viral

Suami Berhabis Hampir RM1000 Barang Dapur, Isteri Masak Macam Hotel 5 Bintang

8th May 2023
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan
Hiburan

Askar Kacak Jadi Pelayan Buat Kejutan, Ibu Sebak Sempat Suap Makanan Baru Salam

10th April 2023
Next Post
Majlis Bertandang Simple Viral, Pengantin Berkurung Merah Buat Ramai Tertawan

"Selimut Macam Dapat Banglo"- Heliza Sebak Anak Syria Redah Musim Sejuk Ekstrem

Kurung Pahang DARIMA Premium

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)