Berita Semasa Inspirasi

“Selimut Macam Dapat Banglo”- Heliza Sebak Anak Syria Redah Musim Sejuk Ekstrem

Meskipun jarang didedahkan oleh liputan media antarabangsa, namun saban hari ada sahaja kisah pilu mengenai kehilangan nyawa anak-anak kecil Syria yang sedang berdepan cuaca terlampau sejuk. Difahamkan, golongan ini sering kali tertewas gara-gara kedaifan pakaian serta kelengkapan musim sejuk yang semakin teruk melanda. Penyanyi Heliza Helmi antara yang sempat merasai sendiri kepertitan hidup masyarakat di sana menerusi beberapa posting di laman Instagram.

BACA: “Yang Tinggal Hanyalah Mainan” -Dib0m Ketika Bermain, Kisah Sayu Anak Syria

Betapa gembiranya nak terima bantuan…namun semuanya hilang sekelip mata

Meskipun baru seminggu lebih bertandang ke sana, namun figura aktivis kemanusiaan ini telah menyaksikan bermacam detik pilu saat menghulurkan bantuan kepada golongan Syria bersama sebuah pasukan NGO. Antaranya adalah detik cemas apabila kepulan asap hitam tiba-tiba kelihatan dari sebuah khemah. Kegembiraan masyarakat di sana bagaimanapun terus hilang apabila simpanan bekalan musim sejuk mereka hangus dijilat api.

Advertisement

View this post on Instagram

ITS REAL!!! . . . Tiba tiba terdengar suara menjerit! Semua berderuuu berlari, asap hitam mula berkumpul….. . Dan . MUSNAH DALAM SEKELIP MATA😭 . Bayangkan betapa gembiranya mereka , beratur panjang-panjang, tak sabar nak menerima bantuan, namun semuanya hilang…. . . Sahabat yang dimuliakan Allah, kakja yakin semua yang melihat video ini semuanya pemurah berjiwa prihatin UMMAH . Kita nak bina RUMAH untuk mereka. Khemah bahaya sangat sangat . . Team RescueSyria MAPIM melancarkan Tabung Bantuan Kecemasan dengan sasaran RM10,000,000 untuk membeli dan mengedarkan sesegera mungkin minggu hadapan berupa -1000 rumah dgn harga RM6,000 -Bantuan selimut sejuk -Bantuan Food Pack Kecemasan -Bantuan Minyak & Alat Pemanas . Kepada yang ingin menyumbang Anda masih boleh berbuat kebaikkan kerana team RescueSyria MAPIM Malaysia masih memerlukan dana untuk sumbangan terdesak ini . Berikut bantuan terdesak yg diperlukan: – RM200 bantuan selimut – RM6000 bina satu rumah pelarian – RM1000 bantuan ubat-ubatan – RM200 bantuan food pack 1 bulan – RM250 bantuan alat pemanas – RM250 bantuan pendidikan – RM500 bantuan kitchen/kilang roti MAPIM ————————————– 2 CARA MENYUMBANG KE DANA BANTUAN KECEMASAN RESCUE SYRIA (MAPIM) Nov 2019 – April 2020 ————————————— 1. Saudara yg prihatin boleh terus menyumbang melalui bank pilihan secara online (FPX): . INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com INFAQ SEKARANG ▶️ www.tabungsyria.com . ATAU . 2. Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 . Untuk sebarang pertanyaan & makluman lanjut boleh menghubungi pihak MAPIM Malaysia menerusi talian hotline 1300-888-038 (9am-6pm Isnin-Jumaat . HELIZA HELMI ( AKTIVIS KEMANUSIAAN MAPIM) #RescueSyria #MAPIM Malaysia #RescueSyria13 . Untuk lihat FULL VIDEO : THE HELMIS ( https://youtu.be/5dSXSBwGJu0 ) . #RescueSyria13

Advertisement

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Syukran Maliziya…dapat selimut umpama dapat rumah banglo

Dalam pada itu, Heliza Helmi dan beberapa aktivis lain juga tersentuh apabila melihat keperitan hidup yang dialami oleh golongan kanak-kanak di sana. Selain tidak menyarung pakaian yang tebal, hatinya turut luluh apabila disambut dengan senyuman penuh ikhlas dan mereka tak henti-henti berterima kasih terhadap keprihatinan rakyat Malaysia. Susulan itu, bekas peserta Akademi Fantasia musim kelima ini menyeru orang ramai agar terus memberikan bantuan ataupun sekurang-kurangnya doa untuk kelangsungan hidup mereka di sana.

Advertisement

View this post on Instagram

KALAU BERANI VIRALKANLAH VIDEO INI . KALAU BERANI DERMALAH 😭 Speechless. Speechless😭 . Sangat tak sanggup bila tengok betapa teruja dan gembiranya mereka walaupun hanya dapat selimut dan barang makanan yang mungkin bertahan sebulan sahaja😭😭😭 . Korang rasa macam mana? Apa MESTI kita buat sekarang😢😢😢 . Yang paling penting yang kami sendiri nampak adalah mereka sangat perlukan bantuan sana. Seriously😭 . Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com . PLEASE DONATE AND SHARE 😢 . HELIZA HELMI ( AKTIVIS KEMANUSIAAN MAPIM ) #RescueSyria13

Advertisement

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Advertisement
View this post on Instagram

Lihat, anak ini tanpa kasut. 😭. Kesian sangat Ya ALLAH. Kami berlapis lapis pakaian, stokin , kasut boots, still mengigil teruk, lapar dahaga semua adalah. Dorang? Just imagine macam mana dorang hadapi, apatah lagi waktu malam😭 . Moga kita jadi asbab untuk sentiasa dalam kebaikan . Jom kita amalkan doa ini : YA ALLAH aku mohon SYURGA TERTINGGI TANPA HISAB dan TANPA AZAB, dan apa yg mendekatkanku kepadanya daripada perkataan, amalan dan niat. Aku berlindung daripada nerakamu dan apa yang mendekatkanku kepadanya daripada perkataan, amalan dan niat . . Allahuma askinni a’lal jannah. Ya Allah tempatkan aku di syurga paling tinggi. Aamiin . Salurkan Sumbangan Menerusi Maybank Islamic SYRIA EMERGENCY APPEAL (DANA MAPIM) Akaun No : 562834636987 Atau www.tabungsyria.com . #rescuesyria13 #rescuesyria .

A post shared by 🎯H E L I Z A H E L M I 🎯 (@nurhelizahelmi) on

Advertisement

Sumber: IG nurhelizahelmi

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram