Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

23rd April 2020
in Viral
Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..
593
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Cerita  mengenai hal yang mistikal dan juga seram sememangnya sangat dekat dengan masyarakat kita. Meskipun tidak dapat dilihat dengan mata kasar, namun hakikatnya makhluk ghaib ini sering mengganggu kehidupan manusia. Lebih menakutkan lagi apabila entiti ini membuat ‘kemunculan’ di kala malam menerpa. Pengalaman menyeramkan saat berdepan dengan entiti mistik iaitu ‘penanggal’ turut dikongsi oleh seorang lelaki di laman Facebooknya.

BACA : [VIDEO] Pergi Sanalah- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

Bunyi pelik seperti ayam bercampur burung..

Menurut Farhan, meskipun kejadian berlaku sekitar 27 tahun lalu namun peristiwa tersebut sering menghantui dirinya sehingga kini. Ketika kejadian dia dan keluarganya dalam perjalanan pulang ke kampung di Pitas, Sabah dengan menaiki van yang dipinjam daripada rakan ayahnya. Namun sewaktu dalam perjalanan, telinganya mula menangkap bunyi aneh seakan-akan suara ayam bercampur burung mengekori di bahagian belakang kenderaan itu.

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..
Gambar Sekadar Hiasan

Ternyata ibu dah lama dengar bunyi bising tu…

Dalam keadaan jalan yang tidak berlampu, bapanya kemudian memberhentikan van di tepi jalan untuk membuang air kecil. Namun ada sesuatu yang mengganggu fokusnya apabila bunyi aneh itu semakin kuat didengar seolah-olah ia sangat dekat. Mengejutkan lagi apabila wanita berkenaan secara tiba-tiba memicit hon dan menjerit supaya ayahnya cepat beredar dari situ.

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..
Gambar Sekadar Hiasan

Rupanya ada yang menjadi penarik kepada penanggal tu..

Walaupun setelah beberapa kilometer, penanggal tersebut masih mengekori mereka dari belakang. Farhan bagaimanapun mendedahkan kemungkinan ikan tongkol mentah yang dibawa bersama menjadi punca entiti itu mengganggu mereka sekeluarga. Ini kerana ada beberapa sebab  mengapa ikan tongkol itu menjadi penarik kepada makhluk penanggal tersebut.

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..
Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : Facebook Farhan PG

Tags: entitiikankeluargapenanggaltongkol
Next Post
Lelaki Panik Keluarga Dikejar Penanggal, Rupanya ‘Ikan Tongkol’ Menjadi Punca..

"Menantu Takkan Rasa Dia Orang Luar Kalau.."-Teguran Lelaki Ini Buka Mata Ramai

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)