Viral

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

Sharing is caring!

Walaupun makhluk halus tidak boleh dilihat dengan mata kasar, tapi majoriti masyarakat pasti pernah mendengar tentang suatu kebolehan istimewa yang boleh melangkaui perkara tersebut atau bahasa mudahnya hijab terbuka kan? Walaupun tak diketahui sejauh mana kebenarannya, tapi ada pihak mengandaikan bahawa bayi dan kanak-kanak sering menjadi boleh melihat perkara yang tidak dapat dikesan oleh golongan dewasa.

BACA: Suruh Ikut Jalan Istana Daun Kering ,1001 Kisah Seram Bila Waze ‘Pedajal’ Orang

Dulu peramah…lepas kejadian malam tu dia makin diam

Sekitar malam tadi, kecoh di laman Twitter apabila tularnya sebuah rakaman yang menampilkan gelagat seorang kanak-kanak seperti bercakap dengan entiti mistik yang tidak dapat dilihat oleh ibunya. Menurut pemilik akaun bernama @nyctophfilia ini, individu yang berada dalam paparan video tersebut merupakan seorang budak perempuan yang sangat periang. Namun susulan kejadian itu, dia seolah-olah makin pasif dan kurang selera makan.

Ditolak makhluk bertanduk…nampak ada kelibat lalu di tingkap

Sepanjang rakaman berdurasi 1 minit 40 saat berkenaan, kanak-kanak itu seakan-akan beberapa kali bergelut sebelum ditolak kuat oleh ‘sesuatu’. Apabila disoal tentang nama rakannya itu, dia cuma menggambarkan bahawa makhluk itu memiliki tanduk. Lebih menakutkan lagi, terdapat satu kelibat lalu di sebalik langsir putih dalam rakaman itu pada minit 1:29. Susulan perkara itu, wanita ini mahu meminta bantuan kepada mereka yang berpengalaman agar merungkaikan tentang kejadian misteri ini.


[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam
Hasil gambar selepas disunting

Rasa sempit sebab ada yang tolak & pandang…benda tu asal dari rumah dia

Sehingga kini, paparan tersebut telah mengumpul lebih 16 ribu retweets dan hampir 300 ribu tontonan. Menjengah ke ruang komen pula, ada netizen menyatakan bahawa makhluk halus tersebut mengganggunya hingga terasa sempit serta menyatakan bahawa ia berasal dari kediaman mereka. Dalam pada itu, ada juga pihak yang berpendapat bahawa dia harus diperiksa segera samada melalui cara perubatan moden ataupun rawatan Islam.

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam


[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

Sumber: Twitter nyctophfilia


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

[VIDEO] “Pergi Sanalah”- Ditolak Entiti Bertanduk, Budak Ini Jadi Makin Pendiam

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram