‘Kup Krap Kup Krap’ Ketagih Mengunyah Ais, Rupanya Petanda Anda Terkena Anaemia

Walaupun tidak mempunyai sebarang faedah, ramai orang masih mempunyai tabiat mengunyah air batu. Walaupun sifatnya keras dan terlalu sejuk sehingga boleh membuatkan gigi kita terasa ngilu, perbuatan itu seringkali dibuat tanpa sedar apalagi kalau sudah terbiasa sejak sekian lama. “Jangan disangka air yang tenang tiada buaya”. Itulah peribahasa Melayu yang sesuai diberikan kepada pengunyah ais tegar. Tahukah anda bahawa terdapat keburukan lain di sebalik tabiat berkenaan?

BACA : Selain Rosakkan Organ, Overdose Air Putih Berisiko Ragut Nyawa Dalam 10 Jam

Ketagihan ais ada kaitan dengan masalah mental

Advertisement

Menerusi informasi yang pernah didedahkan oleh portal Hello Doktor, ketagihan untuk mengunyah air batu turut dikenali dengan istilah ‘pagophabia’. Jangan terkejut kerana rupanya, kegiatan itu mempunyai kaitan dengan kesihatan mental. Gejala gangguan makan yang turut digelar ‘pica’ ini juga ditemukan dalam masalah speciality seperti autisme mahupun skizofenia. Siapa menyangka tekanan perasaan yang dihadapi seseorang turut mempengaruhi ketagihan terhadap pepejal itu.

Gambar sekadar hiasan

Krisis kekurangan zat besi dalam badan

Bahkan daripada artikel portal Vit Daily juga, seorang pakar perubatan mendedahkan bahawa ia petanda kepada masalah anaemia iaitu kukurangan red blood cells ataupun hemoglobin. Situasi itu turut menyebabkan berlakunya krisis kekurangan zat besi dalam badan. Ia sekali gus membuatkan seseorang mahu mengunyah sebarang jenis sumber makanan yang tiada nilai nutrisi.

Advertisement
Gambar sekadar hiasan

Menyebabkan kegagalan fungsi jantung

Portal My Health juga menyenaraikan beberapa kesan sampingan yang boleh diketahui apabila anda menghadapi anaemia iaitu seperti cepat merasa lesu, kulit menjadi pucat, susut berat badan serta denyut jantung semakin laju. Jika ia terus melarat, masalah berkenaan mampu mengundang situasi lebih serius seperti kegagalan fungsi jantung mahupun menjejaskan tumbesaran bayi dalam kandungan buat ibu hamil.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Hello Doktor, Vitdaily, My Health

Advertisement

Advertisement