Kesihatan

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Sharing is caring!

Sejak penularan wabak COVID-19 berlaku di negara Malaysia, beberapa badan organisasi telah mencipta serta menyumbang mesin terowong sembur. Alat berkenaan mendapat sambutan ramai pihak dan rata-rata mereka yakin bahawa mesin tersebut menyah cemar seluruh badan dengan efektif. Namun, beberapa orang doktor telah tampil menjelaskan kesan di sebaliknya.

BACA: Dana RM280K Untuk Tudung Frontliner Dipertikai, Doktor Dedah Realiti Sebenarnya


Bertentangan dengan garis panduan WHO

Menerusi sebuah tweet yang dimuat naik oleh Tan Sri Dr Jemilah Mahmood, beliau menegaskan bahawa penggunaan alat penyembur nyah cemar terbabit sebenarnya bertentangan dengan garis panduan World Health Organization (WHO). Hal ini kerana, pihak kesihatan terbabit sudah menjelaskan bahawa penyemburan bahan alkohol atau klorin tidak membasmi virus malah dikhuatiri akan memberi kesan buruk kepada tubuh badan yang lain melibatkan bahagian mata dan mulut. Beliau turut meminta orang ramai untuk tidak menggunakan terowong sembur lagi.

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana
Kredit Foto: WHO

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Menelan kos yang tinggi

Selain itu, Dr. Rafidah Abdullah turut menyokong dakwaan tersebut melalui sebuah bebenang di laman Twitter miliknya. Menurut pakar perubatan berkenaan, bukan sahaja terowong sembur tersebut memudaratkan individu malah pembinaan mesin terbabit mungkin menelan kos yang tinggi. Oleh itu, beliau memohon kepada pihak terlibat untuk berhenti menggunakan produk tidak berguna serta menambahkan kerja para frontliners yang sedang sibuk menjalankan tugas mereka.


Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana
Gambar Sekadar Hiasan

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Sumber: Twitter Dr. Rafidah Abdullah, Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Konon ‘Terowong Sembur’ Hapuskan Kuman, Rupanya Mata & Mulut Boleh Dapat Bahana

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram