Utama seram Kompilasi 8 Kisah Seram Nurse Masa Bertugas, Nombor 7 Tu Paling Meremang

Kompilasi 8 Kisah Seram Nurse Masa Bertugas, Nombor 7 Tu Paling Meremang

Bila sebut saja tentang hospitaI pasti ramai yang akan terbayangkan kisah-kisah seram di situ. Antara individu yang sering berhadapan dengan situasi sedemikian tentulah para petugas di sana seperti doktor, jururawat, staf forensik dan ramai lagi. Menerusi perkongsian panjang dibuat oleh seorang pengguna Facebook bernama Bel Nawhen yang juga merupakan jururawat, dia telah mendedahkan beberapa kisah aneh dan seram yang sering berlaku di pusat rawatan.

BACA : [VIDEO]Cik B Ajuk Ragam DS Vida Merajuk & Marah Sampai Mira Filzah Pun Terhibur

Gambar Sekadar Hiasan

“Takde orang jaga anak ye misi..”

Antara cerita mistik yang sangat terkenal adalah apabila jururawat datang bertugas secara berseorangan. Namun para penghuni di situ nampak kelibat ‘budak’ yang sentiasa memegang erat uniform putih seolah-olah mereka mempunyai hubungan ibu dan anak.

Nampak kelibat nurse free hair ambil tanda vital, uri patient hilang

Selain itu, ada patient juga pernah melihat kelibat jururawat free hair ketika membuat pemeriksaan vital seperti suhu badan dan kadar pernafasan seseorang. Malah penampilannya juga mengundang rasa curiga. Selain itu, insiden uri ibu bersalin pernah hilang juga pernah berlaku. Difahamkan, ada ‘jururawat’ yang meminta organ tersebut namun tidak mengembalikannya semula.

Advertisement




Gambar Sekadar Hiasan

Budak bising tengah malam, troli rasa berat & bunyi call bell tak henti

Antara kejadian aneh yang berlaku adalah aduan tentang kanak-kanak yang membuat bising di unit ICU pada waktu tengah malam dan troli yang terasa berat ketika para jururawat mahu membawa bekalan ubat. Tidak kurang juga loceng kecemasan berbunyi tanpa henti sedangkan bilik tersebut tidak berpenghuni.

Pergi tandas ajak ‘kawan’ teman…dihimpit masa tidur

Bukan itu sahaja, ada juga cerita mengenai jururawat meminta rakan untuk menemaninya ke tandas. Paling pelik sekali sepanjang perbualan, rakannya itu hanya mendiamkan diri. Namun, akhirnya dia terkejut apabila melihat rakannya sedang berada di tempat lain. Tidak kurang juga yang pernah merasai pengalaman dihimpit ketika tidur di sofa pantri.

Advertisement




Gambar Sekadar Hiasan

Sumber : FB Bel Nawhen

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement