Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

27th November 2019
in Viral
“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir
593
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Setelah sebulan menduduki peperiksaan, calon SPM 2019 di seluruh Malaysia nampaknya merasa teruja kerana mereka bakal menamatkan zaman sekolah menengah secara rasmi. Bahasa mudahnya, mereka seolah-olah dapat ‘berehat’ sebentar daripada kepenatan dunia pendidikan sebelum menyambung pelajaran atau bekerja bagi meraih pendapatan sendiri. Namun tidak dapat dinafikan, pastinya timbul rasa sebak tatkala mengenangkan perpisahan yang bakal berlaku dengan teman sekelas khususnya.

BACA : [VIDEO] Melalak Teruk Lepas Balik Sekolah, Bila Tahu Sebabnya…Allahurabbi

Renungkanlah setiap detik, kini waktu memisahkan kita

Perasaan sebak itu juga sempat dizahirkan oleh seorang pemuda ini menerusi Twitternya. Dia bersama rakan kelas yang lain telah membuat sebuah video pendek untuk merakamkan detik perpisahan mereka memandangkan masing-masing akan membina hidup sendiri selepas ini. Sejak dikongsikan pada 25 November lalu, rakaman berkenaan sudah pun meraih hampir 10,000 retweet daripada netizen.

https://twitter.com/muammarhrs/status/1198968631352152064

Semoga persabahatan kita selalu terjaga

Jika dilihat, 26 orang pelajar yang lengkap beruniform sekolah itu mula duduk di perkarangan sekolah mereka dan bersedia untuk menangkap gambar buat kali terakhir. Disangkakan sudah tamat begitu sahaja, rupanya ada adegan sedih yang nampaknya meruntun jiwa ramai. Satu persatu keluar dan pergi daripada kelompok berkenaan seolah-olah menjadi simbolik bahawa sudah sampai masa untuk mereka berpisah demi membawa haluan masing-masing.

“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

Video orang lain, aku pula sedih

Bukan sahaja sempat memberikan kata-kata perpisahan penuh bermakna, malahan penggunaan muzik latar yang menyedihkan nampaknya berjaya menyentuh emosi netizen. Meninjau ke ruangan komen, ramai pula yang turut merasa sedih meskipun tidak mengenali insan dalam rakaman berkenaan. Tidak ketinggalan, ada juga yang tiba-tiba rindu dan mahu kembali ke zaman persekolahan.

“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir “Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir “Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

Sumber : Twitter Muammarhrs

Tags: PemudaPerpisahanSebakSPMtamatVideozaman sekolah
Next Post
“Kini Waktu Pisahkan Kita”-Kongsi Video Habis Sekolah, Ramai Sebak Babak Akhir

[VIDEO] Terkejut Lihat 'Kelibat' Di Cermin, Kwangsoo Minta Kru Hentikan Rakaman

Smartphone Terbaik dengan RAM Besar & Storan Luas

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)