[VIDEO] Terkejut Lihat ‘Kelibat’ Di Cermin, Kwangsoo Minta Kru Hentikan Rakaman

Dalam kalangan ahli Running Man, Lee Kwang-soo merupakan salah seorang watak yang paling dinanti-nantikan setiap kali rancangan popular itu menyiarkan episod baru. Mana tidaknya, personaliti kelakar yang dimiliki  oleh lelaki berusia 34 tahun ini nampaknya menjadi kekuatan utama dan membuatkan dirinya menonjol berbanding ahli lain. Populariti yang diraih membuatkan dia menerima gelaran ‘Prince Of Asia‘ dan baru-baru ini juga, kelibatnya dalam episod 478 terus menjadi tumpuan netizen.

BACA : Running Man Buat Game Tahan Gelak Lagi, Tapi Kwangsoo Paling Menderita Teruk

My stomach hurts

Advertisement

Sebelum ini, paparan ketika mereka semua bermain permainan ‘tahan gelak’ telah menjadi viral sehingga Running Man mencapai rating tertinggi. Selain permainan lucu tersebut, misi mencari sebuah dokumen untuk menamatkan perlumbaan turut menambahkan ‘rencah’ pada episod baru berkenaan. Mula dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter, paparan singkat itu ternyata mengundang rasa terhibur sehingga meraih ribuan retweet.

Tolong hentikan rakaman ni sekejap

Ketika itu, semua pemain telah berpecah untuk mendapatkan sebuah fail proposal sebagai syarat menjuarai perlumbaan pada episod tersebut. Sedang ligat mencari di segenap penjuru bangunan, Lee Kwang-soo yang menuju ke sebuah ruangan kecil tiba-tiba terperanjat gara-gara melihat pantulan dirinya di dalam cermin. Bagi peminat tegar Running Man, pastinya detik lucu seperti itu bukan lagi perkara pelik. Bahkan pada setiap episod, ada saja kejadian malang, aneh mahupun lawak yang menimpanya tidak kiralah disebabkan oleh usikan ahli lain atau kecuaian sendiri.

Advertisement

Memang patut menang award

Sebagai tambahan, semalam juga telah berlangsungnya ‘Asia Artist Award’ dan Lee Kwang-soo nampaknya berjaya menggondol anugerah ‘Best K-Culture’ dan ‘Scene Stealer’ pada acara berprestij Korea Selatan itu. Nampaknya, netizen merasakan kemenangan tersebut sememangnya layak digenggam memandangkan penglibatan dan perwatakannya dalam pelbagai variety show atau filem sering sahaja mencuri tumpuan.

Advertisement

Advertisement

Sumber : Twitter zay dan Lee Kwang Soo, Instagram leekwangsoo-prince

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement