Utama Artis Kerap Kongsi Foto Mesra, Janna Akui Bercinta Dengan Lelaki Mixed Switzerland

Kerap Kongsi Foto Mesra, Janna Akui Bercinta Dengan Lelaki Mixed Switzerland

Bagi yang mengikuti perkembangan aktres dan pengacara terkenal iaitu Janna Nick atau nama sebenarnya Nurul Jannah Muner di laman media sosial pasti sedar bahawa dia kerap berkongsi fotonya bersama pelakon baru, Dini Azan Schatzmann. Bukan sekadar foto sahaja, malah kelibat Dini seringkali muncul dalam IG story milik pelakon drama ‘Demi Rindumu’ itu sehingga menimbulkan teka teki banyak pihak terutama sekali peminat setianya.

BACA : [VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

Mula serius sejak bulan Jun lalu, doakan hubungan kami

Memetik laporan Harian Metro, aktres berusia 24 tahun ini akhirnya mengakui sedang hangat bercinta dengan pelakon berketurunan Melayu-Switzerland itu. Jelasnya lagi, hubungan mereka mula serius sejak bulan Jun yang lalu. Walau bagaimanapun, Janna enggan mengulas lanjut tentang perkara itu kerana mahu memberi fokus pada kerjaya seni masing-masing. Malah dia berharap agar pengakuan ini telah menjawab teka teki tentang hubungan cintanya dan meminta supaya orang ramai mendoakan yang terbaik buat mereka.

Dia satu dalam sejuta, kami saling memahami

Tambah Janna, salah satu sebab dia jatuh hati dengan Dini adalah kerana keperibadiannya yang baik dan selalu memberi kebahagiaan kepada dirinya. Mereka juga saling memahami antara satu sama lain. Janna turut meluahkan rasa syukur kerana dipertemukan dengan pelakon drama ‘Cemburu Seorang Perempuan’ itu.




Sumber : Harian Metro

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI