Hiburan

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur
Rasaflix

Sharing is caring!

Bergelar seorang pelakon bukanlah ‘tiket’ mudah untuk meraih populariti semata-mata. Setiap watak yang diberikan dalam sesebuah karya harus dihayati dengan penuh mendalam meskipun sedang berada dalam babak yang sukar supaya hasil akhirnya memuaskan hati penonton. Demikianlah perkara yang sesuai menggambarkan usaha lakonan Seanlje (Haznik) bersama Janna Nick (Nurhana) dalam drama terbaru mereka berjudul ‘Demi Rindumu’. 

BACA : Penat Menangis & Pura-Pura Happy, Wanita Nekad Resign Lepas 7 Tahun Jadi Doktor

Mula ditayangkan sejak 7 Oktober lalu menerusi slot Mega Drama, nampaknya drama bersiri tersebut semakin mendapat perhatian daripada penonton cerita Melayu. Mengisahkan tentang Nurhana yang secara tidak sengaja bertemu dengan Haznik, siapa sangka detik tersebut akhirnya mengikat jodoh mereka berdua.

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

Aku tak larat nak naik…Dukung


Pada episod semalam juga, terdapat sebuah babak lucu di mana Nurhana ketika itu sudah terlena di ruang tamu. Apabila sudah dikejutkan dan diajak untuk menyambung tidur di atas, dia meminta agar suaminya itu mendukungnya ke bilik berkenaan. Dalam keadaan pasrah, Haznik segera menuruti permintaan tersebut meskipun nampak sedikit sukar.

https://www.instagram.com/p/B34RDfAlHyK/

Babak sweet angkat bini dalam drama ‘Demi Rindumu’

Menjengah ke Instagram aktor berbangsa Cina itu, dia telah berkongsikan rakaman di sebalik tabir bagaimana babak tersebut dilakukan. Daripada kawasan sofa, dia kelihatan agak struggle untuk mengangkat aktres berkenaan sebelum menurunkannya di kawasan tangga. Video ini menjadi bertambah lucu apabila Janna Nick kedengaran ketawa besar selepas babak itu selesai dirakam.


Merah muka Seanlje…Sumpah lawak

Sudah meraih sekitar 113,000 jumlah tontonan setakat ini, netizen juga mengakui terhibur setelah menyaksikan gelagat 2 pelakon kegemaran mereka itu. Bukan sahaja netizen, malahan rakan artis seperti Mira Filzah turut memberikan reaksi masing-masing di ruang komen posting berkenaan.

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur [VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

Sumber : Instagram Seanlje dan Janna Nick

Nak info lagi? Sertai Telegram Erin Sakura

Artikel ini disediakan oleh team Erin Sakura. Tak dibenarkan meniru isi kandungan atau mana-mana bahagian artikel termasuklah logo sewenang-wenangnya. Laporan copyright akan dikenakan.

[VIDEO] Sebalik Tabir Babak Seanlje Angkat Janna Nick, Mira Filzah Pun Terhibur

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram