Utama Viral Cikgu Kongsi Video Murid 'Kaki Bodek', Ramai Cair Bila Si Comel Ini...

Cikgu Kongsi Video Murid ‘Kaki Bodek’, Ramai Cair Bila Si Comel Ini Hayun Kipas

Nampak macam senang, namun cabaran menjadi tenaga pengajar pada zaman kini tidak dapat disangkal lagi kebenarannya. Tidak sekadar mencurahkan ilmu, malahan guru perlu berhadapan dengan 1001 kerenah anak-anak murid mereka. Bagi Cikgu Fazri Hassan selaku guru Pendidikan Khas di sebuah sekolah bertempat di Sabah, perkongsian tentang Adik Maisarah yang kerap dibuat di media sosial seringkali mendapat perhatian ramai. Apa sahaja yang dimuat naik akan menjadi viral seperti video terbarunya.

BACA : Kahwin 2 Tahun Tapi Suami Gila Lepak Sampai 3 Pagi, Isteri Pun Jadi Tawar Hati

Tukang kipas ni saya patut bagi anugerah

Mula dikongsikan sejak semalam, rakaman berdurasi 24 saat tersebut telah meraih ribuan tontonan daripada netizen. Kapsyen yang dibuat oleh guru ini tentang ‘kaki bodek dan kipas bos’ juga semakin menambahkan kelucuan detik tersebut. Jika dilihat, Adik Maisarah bersungguh-sungguh mengipas cikgunya menggunakan sekeping kertas keras. 

Kipas ni nak beli kat mana sebab comel sangat

Namun di sebalik kesungguhan Maisarah, Cikgu Fazri mendedahkan rupanya dia mampu menjadi ‘kaki kipas’ selama 24 saat saja sebelum menyambung aktiviti lainnya. Menyaksikan keletah mereka berdua, netizen mengakui terhibur apalagi melihat kecomelan Adik Maisarah sendiri. Ada juga turut berseloroh bahawa angin yang dihasilkan anak kecil tersebut boleh dirasai mereka.

Sumber : Twitter Fazri Hassan

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement

Advertisement