Bulan Ramadhan akan tiba tidak lama lagi. Pasti inilah masa yang dinanti-nantikan seluruh umat islam untuk melakukan ibadat sambil berbuka bersama keluarga dan menikm4ti pelbagai juadah makanan. Akan tetapi masih ada perkara-perkara ketika berpuasa yang samada jika dilakukan akan membatalkannya atau tidak. PU Azman, tampil untuk mengingatkan kembali berkenaan hal tersebut.
BACA:Â 8 Jam Kebulur, Tunggu Makanan Flight. Netizen Terhibur Dengan Kisah Lelaki Ini
Menerusi beberapa posting terbarunya menegaskan puasa itu sendiri ialah menahan diri dari makan dan minum dan sewaktu dengannya sepeti mer0kok, vape serta perkara lain yang membatalkan dan banyak perkara yang salah anggap dengan definisi tersebut.
Masuk ke dalam rongga yang bawa ke perut bawa erti makan dan minum
View this post on Instagram
Islam di bina atas keluasan dan mudah tapi bukan mempermudah-mudahkan yer. Memang ada kita terdengar dulu banyak perkara yang batal puasa sehinggakan ada yang melihat agama ini sukar. Tidak dinafikan, ilmuan Islam berbeza pendapat dalam hal ini. Dan sudah pastinya antara perbezaan itu, ada pendapat yang lebih tepat dan lebih dekat dengan ruh kemudahan Islam. Maksud puasa ialah menahan diri dari makan dan minum dan sewaktu dengannya seperti rokok, vape, nanostick, shisha dan yang seumpamanya serta perkara lain yang membatalkan seperti jimak dan yang sewaktu dengannya seperti onani. Memasukkan sesuatu ke dalam rongga bermaksud kerongkong yang bawa ke rongga perut. Inilah maksud makan dan minum serta yang sewaktu dengannya. Jadi, korek hidung dan telinga tak termasuk dalam definisi ini, maka tak batal. Pakai eyedrop dan bercelak juga tak termasuk dalam definisi memasukkan sesuatu dalam rongga yang membawa erti makan dan minum. Ada pun guna inhaler, walaupun masuk ke dalam, tapi ia tidak membawa maksud makan dan minum untuk bersuka-suka. Bahkan ia satu bentuk rawatan yang semua orang memang tak nak guna inhaler. Kentut dalam air yang mendorong kemasukan air ke dalam lubang bawah juga tak termasuk definisi makan minum yang menghilangkan lapar dahaga. Lubang bawah bukan rongga yang biasa digunakan manusia untuk makan. Tak pernah orang sedut straw di bahagian bawah tuk minum sirap bandung. Maka jika kita faham definisi bagi setiap ibadah yang kita amalkan, kita akan dapati ada keluasan Islam yang sangat besar di situ. Jadi untuk sebarang contoh-contoh lain yang saya tak sebut dalam post, korang fahamkan saja caption ya. InsyaAllah, ada jawapan hasil kerja keras sikit dari korang ketika berfikir.
A post shared by Azman Syah (@pu_azman) on Apr 23, 2019 at 7:39pm PDT
Tambahnya lagi, merasa makanan juga tidak membatalkan ibadat tersebut kerana tidak sama dengan rutin makan dan minum seperti biasa.
Merasa makanan itu harus
Ternyata masih ramai lagi ragu-ragu dan tak kurang terhibur dengan PU Azman.
Itulah dilema mak-mak bila masak masa puasa
Dah tak ada alasan untuk tinggal puasa lagi
Kalau laki saya dia telan sampai kenyang
Sumber: pu_azman