Viral

Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan

Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Aktiviti bermotosikal memang tiada salahnya. Namun ia bertukar menjadi masalah sekiranya ada yang membuat kecoh sehingga menimbulkan gangguan terhadap orang sekelililing. Sebab itu jugalah pihak berkuasa giat membuat serbuan terhadap kumpulan tersebut demi memastikan tiada perkara tidak diingini berlaku. Mungkin itu juga usaha yang dilakukan oleh polis trafik menerusi video yang tular di Twitter sejak semalam.

BACA : Masa Scan Perut Doktor Sahkan Baby Girl, Sekali Terkejut Sebab Keluar Belalai


Baru sesuai dengan lagu…

Dikongsikan oleh seorang pengguna Twitter dengan nama akaun @BenAmirrCopyOri, video berdurasi 21 saat berkenaan sudah mendapat hampir 14,000 jumlah retweet setakat ini. Dapat disaksikan sekumpulan Mat Moto bertempiaran lari bagai lipas kudung ketika melihat kelibat polis trafik trafik menuju ke arah mereka. 

Meskipun tiada sesiapa yang ditangkap dalam ‘kejutan’ tersebut, dapat dilihat mereka semua terus berlalu pergi dari lokasi kawasan sebuah jambatan bertempat di Terengganu itu. Bukan sahaja situasi tersebut kelihatan lawak, namun ia menjadi bertambah lucu dengan penggunaan lagu latar daripada siri drama ‘Gerak Khas’.


Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan

Benda ni pun aku terhibur teruk…Pemilihan lagu sesuai

Pastinya ramai di antara kita sebati dengan lagu tema tersebut memandangkan ada yang menyaksikan drama berkenaan sejak kecil lagi. Bukan sahaja mendapat jumlah tontonan tinggi, malahan netizen juga mengakui terhibur dan ada juga yang menambah adegan tersebut lagu mereka sendiri.

Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan

Sumber : Twitter BenAmirrCopyOri, me, Oh MEDIA


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kecoh Video Mat Rempit Gelabah Lari Diserbu Polis, Lagu Latar Pula Jadi Tumpuan

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram