Utama Viral Masa Scan Perut Doktor Sahkan Baby Girl, Sekali Terkejut Sebab Keluar 'Belalai'

Masa Scan Perut Doktor Sahkan Baby Girl, Sekali Terkejut Sebab Keluar ‘Belalai’

Mendapat perkhabaran hamil pastinya menjadi detik yang sangat bermakna buat suami isteri. Manakan tidak, anak yang dilahirkan itu bakal menjadi penyeri rumah tangga masing-masing. Kalau bercakap tentang jantina bayi, ada ibu bapa yang menjadikan ia sebagai kejutan. Bila dah keluar, barulah tahu sama ada perempuan atau lelaki. Namun kebanyakannya sekarang, rata-ratanya memilih untuk mengetahui terlebih dulu sebagai persediaan membeli pelbagai barang keperluan.

BACA : [VIDEO] Tak Nak Makan Nasi Sampai Ada ‘Drama’, Anak Jihan Buat Ramai Berdekah!

Pengalaman dan surprise paling best

Memikirkan bayi yang bakal lahir tentunya menggembirakan hati si ibu ayah. Namun lain pula yang jadi pada sepasang suami isteri ini apabila kelahiran anak mereka nyata menjadi kejutan besar! Perkara tersebut dikongsikan menerusi Facebook mereka dan sudah berjaya meraih hampir 7000 tanda like serta 3,000 perkongsian semula daripada pihak netizen.

Menurut pendedahan, doktor sendiri sudah mengesahkan bahawa anak yang bakal dilahirkan itu merupakan bayi perempuan selepas menjalani scan beberapa kali. Bersedia dengan kelahiran berkenaan, suami isteri ini begitu teruja memikirkan nama dan membeli barang keperluan bayi yang serba merah jambu. Allah Maha Besar! Siapa menyangka wanita tersebut selamat melahirkan namun yang keluar adalah seorang bayi lelaki.




Alhamdulillah…Yang penting ibu dan bayi selamat

Pastinya detik itu amat mengejutkan kerana mereka semua menantikan kelahiran seorang bayi perempuan. Tak sangka ‘Mat Jambu’ pula yang keluar. Bukan sahaja ibu bapa bayi comel ini, malahan netizen turut merasa lucu dan menumpang gembira di atas kelahiran berikut. Ada juga yang sempat mengucapkan tahniah dan mula berkongsikan pengalaman peribadi masing-masing dalam melahirkan anak mereka.

Sumber : Facebook Mamad Sue dan Oh My Media




Artikel Popular