Viral Cinta & Perhubungan

Kata ‘Stop’ Bukanlah Penamat, Insecure & Cemburu Sebab Utama Relationship Retak

Kata ‘Stop’ Bukanlah Penamat, Insecure & Cemburu Sebab Utama Relationship Retak
Rasaflix

Sharing is caring!

Dalam drama ‘Kampung People‘ musim ke-2 kali ini, beberapa watak serta masalah baru telah pun ditambah supaya peminat tidak jemu menontonnya. Meskipun kebanyakan watak dalam drama ini mempunyai karakter yang kelakar, selitan babak sedih baru-baru ini ternyata mengundang sebak para penonton.

BACA: Cinta Laila Tak Bertepuk Sebelah Tangan, Peminat Sedih Kampung People Berakhir


Kata ‘Stop’ Bukanlah Penamat, Insecure & Cemburu Sebab Utama Relationship Retak

Kantoi berdua-duaan dengan Karim dalam rumah, Relationship Laila & Jaafar dah tamat…

Menerusi episod 12 semalam, couple muda iaitu Laila dan Jaafar telah pun bertengkar. Hal ini kerana, Laila sudah ‘kantoi’ bekerja dan berdua-duaan dengan Karim dalam rumahnya. Dalam pertengkaran itu, Jaafar turut terlepas cakap dan dedahkan bahawa Badrul Bisu telah diupah olehnya untuk memerhatikan Laila. Pergaduhan mereka berterusan sehingga ayat ‘kita stop‘ yang dikatakan oleh Jaafar disalah ertikan sebagai ‘break up‘ bagi teman wanitanya.

Lailer nak space.. I’m sorry Jekfer, saya akan jaga diri & harap awak pun sama..

Dalam pada itu, pelakon Riena Diana berkongsi foto Laila sedang duduk bersedih di Instagram miliknya. Aktres berusia 23 tahun tersebut juga sempat menyenaraikan beberapa sebab yang boleh merosakkan relationship seseorang. Selain rasa insecure, kurang yakin dan cemburu, pelakon muda berkenaan turut bependapat masalah komunikasi serta selalu menuduh antara satu sama lain pun boleh menjadi punca keretakan relationship.


Kata ‘Stop’ Bukanlah Penamat, Insecure & Cemburu Sebab Utama Relationship Retak

Sumber: Twitter @noardh, IG Riena Diana, Hun Haqeem


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Kata ‘Stop’ Bukanlah Penamat, Insecure & Cemburu Sebab Utama Relationship Retak

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram