Sejak PKP dilaksanakan pada Mac lalu, peranan food rider juga amat mustahak selain para frontliners. Akan tetapi, mereka juga terdedah dengan risiko nahas dan jangkitan wabak COVID-19. Dengan 691 angka jangkitan hari ini, seorang penghantar makanan tampil memberikan teguran.
BACA:Â Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral
Jangan pentingkan diri, mohon turun ambil makanan sendiri…
Menerusi Twitter, seorang food rider dikenali sebagai Rudy meluahkan rasa kecewa dan memohon para pelanggan yang menetap di rumah bertingkat agar tidak bersikap pentingkan diri. Dia turut memohon kepada penghuni kediaman seperti ini agar berfikir mengenai keselamatan orang lain termasuklah para rider.
Bimbang para rider jadi penyebab virus tersebar…
Lelaki berkenaan turut akui berasa bimbang jika mereka menjadi penyebab kepada penyebaran pandemik tersebut. Hal ini kerana, mereka pasti akan terpegang atau termasuk ke tempat yang berisiko tanpa sengaja sebelum menghantar makanan ke rumah pelanggan.
Kami pun ada family, tapi akan consider jika betul-betul customer tak boleh turun
Rudy akui tidak pernah merungut jika terpaksa mendaki tangga hingga tingkat 12 sekalipun sebelum ini. Walau bagaimanapun, faktor keselamatan diri dan keluarga menjadi keutamaan sekarang dan bukannya duit seperti dahulu. Katanya, majoriti food riders pasti akan mempertimbangkan semula jika pelanggan tidak dapat tinggalkan rumah atas beberapa faktor termasuklah tidak sihat atau mempunyai anak kecil.
Sumber: Twitter @rudyroutepecker