Inspirasi Viral

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Sharing is caring!

Pada saat kebanyakan masyarakat sedang tinggal di rumah sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hingga hujung bulan nanti, ada beberapa pihak sibuk bertugas demi melancarkan pematuhan tersebut. Selain para petugas barisan hadapan negara, jasa para penghantar makanan atau barangan sangat mustahak dalam mendepani ancaman wabak ini. Malah ragam golongan ini juga sering kali mencuri tumpuan ramai seperti di Twitter baru-baru ini.

BACA: “You Tak Kenal Siapa I..”- Kluster Kayangan Tunjuk Belang Lepas Ditegur Doktor

Memang feeling habis…

Menerusi video yang dikongsikan oleh saudara Izat Yuan, dia sempat merakam gelagat seorang penghantar makanan yang ralit bermain piano. Kedengaran seperti seorang pemuzik berbakat, pemuda itu telah mempendengarkan 2 buah lagu iaitu ‘Kisah Cinta Kita’ oleh Hafiz Suip dan ‘Havana’ yang dipopularkan artis antarabangsa iaitu Camilla Cabello.


Baru lepas hantar order…ingatkan line clear

Rider dikenali sebagai Amirullah itu kemudiannya tampil menjelaskan situasi sebenar apabila video itu menjadi tular. Ujarnya, dia baru sahaja selesai menghantar pesanan dan tidak menyangka ada orang merakam gelagatnya. Dia malah berterima kasih kepada perakam memandangkan niatnya bermain piano pada ketika itu sekadar ingin memeriahkan suasana sahaja.

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Tak pernah ambil kelas piano langsung

Tambah penghantar makanan terbabit, dia mengakui bahawa sebelum ini ada juga pihak yang bertanya tentang kelas muzik yang diambil. Rupa-rupanya Amirullah hanya belajar bermain instrumen berkenaan melalui YouTube sahaja.


Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Sumber: Twitter Izat Yuan, Amirullah


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

Tak Sangka Berbakat, Rider Sempat Main Piano Lepas Hantar Makanan Jadi Viral

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram