Cinta & Perhubungan Gaya Hidup Keluarga

Kalau Mahu Isteri Hari-Hari Tampil Cantik, Jangan Biar Mereka Tidur Tak Cukup

Wanita dan aspek kecantikan sememangnya tidak boleh dipisahkan, lebih-lebih lagi buat yang masih belum menamatkan zaman bujang. Walau bagaimanapun, keadaan itu sangat berbeza apabila telah memasuki alam perkahwinan. Rata-rata mereka tidak sempat untuk berhias seperti dahulu. Perkara tersebut kelihatan remeh di mata lelaki namun para suami perlu mengambil berat soal tersebut bagi menjaga hati isteri masing-masing. 

BACA: Usah Terlalu Berkira Dengan Anak Isteri, Kalau Mahu Tambah Rezeki

Jangan biarkan isteri tak cukup tidur

Advertisement

Menerusi sebuah perkongsian yang dimuat naik oleh saudari Taufiq Razif, lazimnya seorang wanita yang sudah berkahwin pasti mempunyai masalah tidak cukup tidur. Ini kerana kesibukan mereka dalam menguruskan rumah tangga dengan baik. Oleh sebab itu, pentingnya sikap bertolak ansur antara suami isteri dalam sebuah kehidupan berumah tangga.  Jelasnya, dia sering menggalakkan isterinya untuk masuk tidur lebih awal atau berehat. 

Gambar Sekadar Hiasan

Kalau tidur lambat buat isteri saya berisi

Advertisement

Pemuda berkenaan turut berkongsi sebab kenapa dia bertindak meminta untuk wanita itu tidur. Antaranya adalah dia inginkan isterinya kekal ramping dan mampu menjaga badan dengan baik. Malah kajian turut membuktikan individu yang tidur lewat malam cenderung untuk mengalami obesiti. Seterusnya, lelaki tersebut mahukan suri hatinya itu kekal cantik melalui tidur dan rehat yang cukup. 

Gambar Sekadar Hiasan

Saya perlu isteri yang boleh ingatkan ketika lupa

Advertisement

Selain itu, tidur yang mencukupi juga dapat membantu wanita untuk tidak menjadi pelupa. Kekurangan waktu tidur bakal menyebabkan gangguan pada masalah memori. Apa yang paling penting adalah dengan membenarkan isteri untuk tidur dengan baik bagi mengelakkan mereka daripada mengalami masalah kesihatan seperti stress, depresi atau jantung. Oleh sebab itu, pemuda berkenaan sempat berpesan untuk para suami turut mengambil alih tugas isteri bagi mengurangkan sedikit beban mereka. 

Gambar Sekadar Hiasan

Sumber: Facebook Taufiq Razif 

Advertisement

                                                                                                  

Advertisement

Advertisement

Add Comment

Click here to post a comment

Youtube

Facebook

Telegram