Artis Inspirasi

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

Sharing is caring!

Sebalik sifat lucu dan peribadi ceria yang dimiliki olehnya, siapa sangka Man Raja Lawak kini menjadi contoh ramai apabila telah bantu meringankan beban masyarakat yang benar-benar terkesan dengan wabak COVID-19. Di samping menyumbang sebahagian wang kemenangan program Maharaja Lawak 2019 (MLM 2019) pada Januari lepas, dia malah bermurah hati menjual kereta dan motosikal miliknya demi memenuhi hajat tersebut.

BACA: Tak Cukup Derma RM50,000, Man Senyap-Senyap Transfer Duit Sedekah Rakan Artis

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

Hanya Allah selayaknya dipuji…

Susulan penularan berita tersebut, Man atau nama sebenarnya Abd Rahman Kasim berharap agar para peminat tidak memujinya secara berlebihan. Hal ini kerana dia bimbang perkara tersebut tersasar jauh daripada niat asalnya.


“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

Kalau nak buat baik…jangan dihebahkan

Perkara itu juga mendapat perhatian Ali Puteh yang menasihatinya supaya menyembunyikan setiap amalan jariah supaya tak menjadi bualan ramai. Walau bagaimanapun, komen tersebut dipertikai oleh segelintir netizen yang menganggap tindakan Man sebenarnya lebih menggalakkan pihak lain mencontohi amalan baik berikut. Namun hasil terkini mendapati kenyataan itu dilihat sudah tiada di ruangan komen yang dipercayai sudah dipadam olehnya.

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?


“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

RM50k dah habis disalurkan…gunakanlah sebaik mungkin

Dalam pada itu, Man sudah memaklumkan bahawa jumlah RM50 ribu tersebut sudah diserahkan sepenuhnya kepada golongan yang layak diberi bantuan. Di samping memohon maaf kerana tidak dapat membantu semua pemohon, dia juga berharap agar wang itu dibelanjakan dengan baik saat diuji musibah wabak ini.

Sumber: IG manrajalawak & FB Angah Jebat


Nak cerita lagi? Sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Kalau Buat Baik, Jangan Hebahkan” – Ali Puteh Risau Man Hanyut Dengan Pujian?

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram