Utama Cinta & Perhubungan Kahwin 2 Tahun Tapi Suami Gila Lepak Sampai 3 Pagi, Isteri Pun...

Kahwin 2 Tahun Tapi Suami Gila Lepak Sampai 3 Pagi, Isteri Pun Jadi Tawar Hati

Budaya melepak di kedai makan sehingga lewat malam bukan lagi benda pelik di kalangan kita semua. Aktiviti tersebut selalunya dikaitkan dengan orang lelaki berbanding orang perempuan. Hendak keluar melepak berjumpa dengan rakan memang tiada masalah. Namun sekiranya seseorang lelaki itu terus berbuat demikian di saat dia sudah bergelar suami, aktiviti santai berkenaan sebenarnya boleh bertukar menjadi masalah besar dalam rumah tangga.

BACA : Siti Hawa Ajak Laki Kahwin Macam Gengster, Rupanya Ramai Lagi Kongsi Benda Sama

Gambar sekadar hiasan

Endah tak endah pada saya dan juga anak

Percaya mahupun tidak, demikianlah konflik yang menimpa perkahwinan seorang wanita ini apabila suaminya terlalu kerap keluar melepak sehingga lewat malam pada setiap hari. Luahan tersebut telah dikongsikan semula oleh pengendali Twitter dan nampaknya membangkitkan pelbagai pendapat. Lebih teruk lagi, mereka berdua akan bertekak mulut setiap kali cuba berbincang secara baik sehinggalah si isteri pun sudah merasa tawar hati.

Kalau hari-hari lepak, baik kahwin dengan member




Dalam begitu banyak pendapat, kata-kata yang dikongsikan oleh seorang wanita dengan akaun Twitter @NrlHusnaV adalah yang paling mendapat perhatian dan sudah meraih hampir 7 ribu retweet setakat ini. Bagi Husna sendiri, golongan suami seharusnya lebih bijak dan berpada-pada sekiranya hendak keluar melepak dengan kawan. Jika sebelum berkahwin, teman wanita mungkin boleh bertolak-ansur dengan situasi berkenaan. Namun apabila sudah bergelar isteri, penerimaan serta perasaan wanita sudah tentu amat jauh berbeza.

Gambar sekadar hiasan

Perangai bujang jangan dibawa sampai lepas kahwin

Dalam pada itu, dia sempat menegaskan tentang kepentingan komunikasi dalam perhubungan sekiranya rumah tangga sedang berhadapan masalah seperti ini. Di hujung perkongsian, Husna berpesan lagi kepada suami isteri di luar sana agar cepat-cepat berubah sebelum masalah seperti itu melarat sehingga akhirnya menjejaskan perkahwinan sendiri. Nampak macam kecil, namun baginya isu ini bakal memberikan impak yang cukup besar jika dibiarkan begitu sahaja.

Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter NrlHusnaV

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI