Jurufoto Kongsi Gambar Mempelai 2 Sejoli, Tapi Inainya Pula Yang Jadi Perhatian

Mendapatkan khidmat jurugambar untuk merakamkan detik indah majlis perkahwinan sudah menjadi trend zaman sekarang. Meskipun pakej fotografi perkahwinan kadangkala menelan belanja besar, namun pelaburan itu tidak akan menjadi sia-sia sekiranya hasil akhir memuaskan hati mempelai. Baru-baru ini, seorang jurufoto bernama Irfan Dzahier juga berkongsikan beberapa keping gambar pelanggannya yang begitu anggun dan kelihatan secocok di majlis bahagia mereka.

BACA : [VIDEO] Viral Gol Rembatan Safawi, Ramai Sebak Bila Ditambah Lagu Latar Sekali

Mudah ke shot wedding?

Advertisement

Dedahnya, perkongsian tersebut dibuat bertujuan untuk menunjukkan hakikat sebenar kerjaya seorang jurugambar yang mungkin selama ini dianggap mudah. Mana tidaknya, ramai orang berfikir photographer hanya perlu menekan butang kamera lalu terhasillah gambar. Walhal sebenarnya, hanya golongan tersebut sahaja mengerti betapa tingginya kemahiran serta kreativiti yang perlu dicurahkan untuk mendapatkan gambar terbaik.

Saya tak berapa suka outdoorOutdoor free je

Advertisement

Daripada proses pengantin bersiap sehinggalah perarakan masuk ke dewan persandingan, semua details tidak lupa dirakamkan oleh Irfan. Bagi jurufoto ini, semua sudut dalam majlis bahagia tersebut perlu diabadikan sebagai gambar memandangkan kos perkahwinan sedemikian menelan belanja besar.

Cantik atau mengarut?

Advertisement

Namun dalam pelbagai gambar, mata netizen seolah-olah tertumpu kepada inai yang dikenakan oleh pengantin perempuan. Jika diperhatikan, design yang dibuat atas tangannya kelihatan sangat kompleks dan penuh perincian sekali.

Advertisement

Nampak menakutkan tapi perincian dia lawa

Menjengah ke ruangan komen, netizen mula menyuarakan pendapat masing-masing. Sesetengah mereka merasakan bahawa inai design tersebut agak sarat dan ada juga yang memuji kehalusan seni berkenaan. 

Advertisement

Kalau takde benda baik nak cakap, lebih baik diam

Sedar bahawa posting berkenaan menerima kritikan, jurufoto ini tampil menjelaskan segalanya. Kata lelaki ini lagi, soalan asal tersebut sebenarnya merujuk kepada hasil suntingan gambar sahaja. Niatnya berkongsi gambar bukanlah mahu mengundang komen netizen yang kurang enak dibaca, namun sekadar berkongsikan hasil kerjanya. Di hujung perkongsian, dia menyifatkan inai berkenaan sebagai satu hasil seni yang sangat cantik.

Advertisement

Sumber : Twitter Irfan Dzahier

Jawatan kosong di Kisah Dunia. Maklumat lanjut klik DI SINI

Advertisement
Advertisement