Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Berita Semasa

Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu

12th March 2020
in Berita Semasa
Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu
586
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Sejak beberapa jam lepas, masyarakat dunia nyata semakin berwaspada terhadap COVID-19 setelah diisytihar sebagai pandemik oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO). Di Malaysia pula, tahap penularan wabak itu semakin meruncing apabila jumlah kumulatif positif menghidapnya hampir mencecah 150 orang setakat ini. Justeru, trend penggunaan topeng penutup muka dan hidung lebih kerap dilihat terutamanya di dalam kenderaan awam atau berkunjung ke lokasi tumpuan ramai.

BACA: Usah Merungut Malaysia Makin Panas, Rupanya Covid-19 ‘Kalah’ Dengan Suhu Tinggi

Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu
Gambar sekadar hiasan

Sanggup naikkan harga 5 kali ganda

Namun terdapat juga pihak yang sanggup mengambil kesempatan sebalik langkah proaktif tersebut demi mengaut keuntungan lebih. Terbaru, pihak KPDNKK cawangan Gombak telah melakukan serbuan terhadap sebuah farmasi di Selayang setelah mendapat aduan berhubung perkara tersebut. Hasil tinjauan pegawai penguat kuasa yang menyamar sebagai pelanggan malah mendapati pihak peniaga sanggup menjual sekeping face mask jenis 2-ply pada harga RM1. Walhal harga kawalan ditetapkan oleh kerajaan bagi alat perlindungan itu cumalah 20 sen sahaja.

Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu
Gambar sekadar hiasan

Farmasi dikompaun RM20,000

Rentetan daripada penemuan tersebut, portal Astro Awani melaporkan bahawa premis berikut telah dikenakan kompaun berjumlah RM20,000 atas kesalahan menjual barang kawalan melebihi harga maksimum. Di samping memberikan tempoh selama 2 minggu untuk membayar denda tersebut, pihak berkuasa juga telah menyita 45 unit penutup hidung dan mulut yang keseluruhannya bernilai RM45.

Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu
Kredit foto: Bernama

Sumber: Astro Awani

Tags: 20 sendaie farhanface maskfarmasihargahidungmulutpenutuppremisseringgit
Next Post
Jual Face Mask 5 Kali Ganda Harga Asal, Farmasi Berdepan Kompaun RM20 Ribu

"Dulu Perli Orang Berniqab, Kini Mask Wajib Pakai..."-Musibah Virus Ni Bersebab

Tas Sling 3-in-1 Berkualiti Tinggi & Bergaya
Kamera Studio 50MP, Kuasa Tahan Lama – Smartphone Hebat!

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)