Erin Sakura
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi
No Result
View All Result
Erin Sakura
No Result
View All Result
Home Viral

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah

16th January 2020
in Viral
“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah
602
SHARES
3.3k
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare on WhatsappShare on Telegram

Dengan bebanan kos hidup yang semakin menghimpit, tidak dinafikan suami isteri harus bekerja keras bagi menyara keluarga mereka sendiri. Namun bagi sesetengah orang, mereka masih hidup dalam kemiskinan sehingga tiada upaya untuk mengubah nasib sendiri. Sudahlah berhadapan konflik kesempitan hidup, mereka juga perlu ‘berpanas telinga’ menahan pelbagai tomahan khususnya yang dilemparkan daripada mulut-mulut golongan senang.

BACA : RM30 Dulu Boleh?-Cikgu Hampir Menangis, Ibu Terpaksa Bayar Ansur Yuran Anak

Tak pernah dalami hidup orang miskin eh?

Antara salah satu stigma yang berlegar dalam minda kebanyakan masyarakat adalah golongan miskin tidak seharusnya memiliki anak ramai. Mungkin juga mereka ini risau dengan kebajikan anak-anak tersebut di masa hadapan. Namun menerusi perkongsian seorang lelaki di Twitter ini, dia sempat mengulas mengenasi isu tersebut dari perspektif orang miskin. Buah fikirannya itu berjaya meraih ribuan retweet sejak dikongsikan semalam.

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah
Gambar sekadar hiasan

Hidup kita bernasib baik, so boleh pertikai orang?

Dek kerana di Twitter begitu ramai orang yang suka mengkritik mengenai rakyat miskin, dia mempersoalkan semula adakah mereka pernah menghulurkan bantuan kepada golongan bernasib malang itu. Hanya kerana hidup kita tidak sepayah orang lain, itu bukanlah alasan untuk merendah-rendahkan golongan susah berkenaan. Daripada terus memekak di media sosial demi meraih perhatian netizen, dia menyeru agar golongan kaya turun padang bagi meringankan bebanan mereka semua.

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah
Gambar sekadar hiasan

Golongan yang dikeji lebih kaya budi pekerti

Tegasnya di hujung tweet padu berkenaan, dia sekali lagi mengingatkan agar orang ramai tidak sesuka hati menghina kehidupan orang lain. Mereka mungkin agak miskan dari segi ekonomi keluarga, namun sikap suka melemparkan penghinaan ini membuatkan kita jauh lebih ‘miskin adab’ daripada golongan tersebut.

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah

“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah
Gambar sekadar hiasan

Sumber : Twitter JarrNadjmuddean 

Tags: anakbiawak hiduphidupkayamiskin
Next Post
“Dah Tahu Miskin, Beranak Ramai Buat Apa?”-Yang Kaya Jangan Keji Golongan Susah

Tebalkan Muka 'Mengemis' Duit Sendiri, Pemuda Tersentap Diherdik Si Penghutang

Kurta Cotton Linen Selesa untuk Hari Raya
Kurung Moden Elegan & Selesa untuk Sebarang Acara

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)

No Result
View All Result
  • Home
  • Artis
  • Viral
  • Gaya Hidup
  • Inspirasi

Penafian | Privacy Policy | Kayz Asia Sdn Bhd (1266393K)