Hubungan antara menantu dan mertua selalu kita dengar dalam situasi yang tidak menyenangkan. Hal ini kerana sikap semula jadi wanita itu sendiri yang bersifat cerewet dan teliti dalam semua perkara. Meskipun perlu memuliakan golongan yang lebih berusia, namun ibu mertua mestilah berkelakuan rasional dalam sebarang tindakan. Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi mengenai perihal ini dengan lebih lanjut.
BACA:Â Tak Kira Menantu Lelaki Atau Perempuan & Tatang Selayaknya Seperti Anak Sendiri
Menantu lebih kenal dengan suami..
Menerusi posting oleh saudara Firdaus Shakirin di laman Twitter, dia berkongsi pesanan buat para ibu mertua agar menghargai segala yang telah dilakukan oleh menantu. Oleh kerana sifat suami atau anaknya sendiri yang tidak sempurna, hadirnya isteri dalam hidup mereka itu adalah sebagai pelengkap hidup.Â
Mertua nak menantu yang sempurna
Walau bagaimanapun, masih lagi terdapat mertua bersifat mementingkan diri dan mengharapkan menantu yang sempurna seperti diinginkan. Saudara Firdaus Shakirin mengingatkan lagi bahawa sifat negatif itu akan memberikan impak yang mendalam kepada menantu sehinggakan ada yang membuat keputusan untuk berpisah dengan suami gara-gara tertekan dengan karenah mertua.Â
Anda pernah menjadi menantu juga
Tegas lelaki ini lagi, ibu mertua tidak seharusnya meletakkan harapan terlalu tinggi kepada menantu kerana pernah berada di tempat yang sama seperti itu. Lelaki ini membuat kesimpulan agar para ibu mertua menerima kekurangan dan kelebihan menantu serta bersama-sama membimbing agar anak menantu mereka menjalani kehidupan yang bahagia.
Sumber: Facebook Firdaus ShakirinÂ