Cinta & Perhubungan Keluarga

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

Sharing is caring!

Benarlah satu penyataan ini, perempuan diuji saat lelaki tidak mempunyai apa-apa manakala lelaki pula diuji ketika dia memiliki segalanya. Lazimnya ungkapan tersebut sering digunakan buat individu yang sudah berkahwin. Namun ia juga dikira valid untuk menggambarkan mana-mana couple yang sudah menjalinkan hubungan cinta. Oleh sebab itu, aspek kesetiaan adalah sangat penting bagi menjamin sesebuah perhubungan tersebut agar kekal bahagia. 

BACA: Usah Terlalu Berkira Dengan Anak Isteri, Kalau Mahu Tambah Rezeki

Pernah ‘skeptikal’ wanita hanya suka yang berduit

Satu perkongsian mengenai perkara tersebut telah dimuat naik oleh seorang lelaki menerusi akaun @TanahMelayu di laman Facebook. Menurutnya sebelum ini dia pernah bersikap ‘skeptikal’ apabila merasakan wanita memilihnya hanya kerana dirinya berharta. Walau bagaimanapun, ternyata semua tanggapan itu adalah silap apabila dia diuji dengan perniagaan yang merosot sebelum hari perkahwinan. Bahkan tragedi itu menyebabkan lelaki ini hampir tinggal sehelai sepinggang. 

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

Hanya guna duit isteri untuk kahwin, bisnes merosot

Wanita yang bakal menjadi isterinya waktu itu telah bertindak dengan membelanjakan wang simpanan sendiri untuk membiayai keseluruhan majlis perkahwinan mereka. Pemuda tersebut yang terharu dengan usaha berkenaan tertanya-tanya apakah sebab utama membuatkan gadis berkenaan tetap setia di sampingnya. 

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

Bangkit semula bersama-sama isteri bina empayar

Sejak itu, lelaki berkenaan giat membina semula keyakinannya dengan memperbaiki perniagaannya sedikit demi sedikit sehingga mampu membuka empayar besar. Dia akhirnya mula sedar suami isteri akan mudah untuk berjaya jika kesemua rintangan dan cubaan diharungi bersama-sama serta saling melengkapi di antara satu sama lain. Sedikit nasihat daripadanya untuk lelaki, usahlah tergerak hati mencari wanita lain kerana satu-satunya isteri ini sudah cukup di samping kita. 

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita” “Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

Sumber: Facebook Tanah Melayu 

Tidak mahu terlepas cerita viral & trending? Jom sertai Telegram Erin Sakura di https://t.me/erinsakura

“Jangan Kejar Wanita Lain, Hadirnya Seorang Isteri Dah Cukup Jaga Nafsu Kita”

Sharing is caring!

Youtube

Facebook

Telegram