Membesarkan anak-anak bukanlah satu tugas yang mudah. Ibu bapa perlu bersedia daripada setiap sudut sama ada mental ataupun fizikal. Lebih-lebih lagi, menguruskan anak lelaki tentunya mempunyai sedikit kesukaran berbanding dengan anak perempuan. Kita sedia maklum yang kebanyakkan anak lelaki ini lebih aktif dan mempunyai keiinginan untuk mencuba pelbagai perkara baru. Disebabkan itu, ibu bapa perlu bersifat terbuka dan bijak menilai anak lelaki mereka.Â
BACA:Â Pupuk Semangat Patriotik, Adik 3 Tahun Ini Cipta Bendera DIY.. Memang Kreatif!
Mengulas lanjut tentang hal ini, sebuah perkongsian oleh seorang bapa bernama Mohd Fhais di Facebook ini cukup menarik dan boleh dijadikan sebagai suatu sudut pandang untuk menangani anak lelaki.Â
Dengan anak lelaki ni kena banyak bersabar
Menurutnya, ibu atau bapa perlu banyak bersabar semasa mengendalikan anak lelaki. Hal ini kerana, anak lelaki ini bersifat lasak kalau nak dibandingkan dengan anak perempuan. Biasalah, anak lelaki mana tahu erti penat dan putus asa. Malah, anak lelaki juga mempunyai tahap keberanian yang tinggi.Â
Lelaki guna 9/10 akal & 1/10 emosi
Bapa ini juga berpendapat bahawa kebiasaannya lelaki akan menggunakan lebih banyak akal berbanding emosi. Disebabkan itu, anak lelaki mempunyai keazaman yang agak tinggi dalam sesuatu perkara tanpa memikirkan soal kegagalan.Â
Bila mana ibu bapa mengajar anak berfikir menggunakan otak limbic (otak emosi) maka sejak daripada itu dominasi otak cortex akan berkurangan.Â
Anak lelaki ini juara meniru. Jadi, tunjuk role model yang baik
Akhirnya, dia juga menasihatkan ibu bapa agar lebih tenang dan bersabar untuk menangani anak lasak ini tanpa bertindak menggunakan emosi secara berlebihan.Â
Sumber: Facebook Mohd Fhais & Pa&Ma