Apabila sudah melangkah masuk ke alam perkahwinan, setiap suami isteri perlu memikirkan soal kehidupan baru yang perlu ditempuh bersama tidak kira manis atau sebaliknya. Kalau sebelum ini lebih selesa hidup cara bujang, namun kini harus bersikap toleransi antara satu sama lain bagi menjamin kebahagiaan rumah tangga. Terutamanya bagi lelaki yang mungkin jarang berdepan dengan keadaan rumah penuh dengan rambut si isteri.Â
BACA:Â Isteri Kuat Bebel Tandanya Sihat, Yang Banyak Termenung Tu Suami Kena Jaga-Jaga
Rambut isteri gugur bersebab
Walau bagaimanapun, seorang lelaki iaitu Abu Hurairah Asifa telah berkongsi pandangannya mengenai perkara tersebut di laman Facebook. Jelasnya rambut-rambut isteri yang gugur itu sebenarnya disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah tekanan dan juga perubahan emosi tidak menentu. Bergelar seorang isteri dan juga ibu bukanlah perkara yang mudah apabila perlu menguruskan anak-anak, suami dan juga rumah dalam satu masa.Â
Tak cukup nutrisi pun boleh jadi punca
Masalah keguguran rambut itu juga berkait dengan pengambilan ubat-ubatan atau suplemen kesihatan serta kekurangan nutrisi. Lazimnya para ibu sibuk dengan hal rumah tangga dan juga kerjaya lebih cenderung untuk mengalami masalah kesihatan dengan lebih mudah. Selain itu, mereka juga kadang-kadang tidak mempunyai masa untuk diri sendiri sehingga terlupa untuk menjamah makanan.
Mereka paling penat, beri masa untuk mereka rehat
Jadi sebagai seorang suami, cubalah untuk memberi perhatian kepada isteri tatkala melihat perkara-perkara berikut terjadi. Ini kerana ia sudah menandakan wanita berkenaan sudah penat dan perlu rehat yang secukupnya untuk diri sendiri.Â
Sumber: Facebook Abu Hurairah Asifa