Mungkin niat nak kongsi kegembiraan bersama-sama, tapi akhirnya tindakan si adik dan abang ipar dikritik ramai pula. Itulah situasi yang hangat dibincangkan di segenap laman sosial di majlis pernikahan seorang selebriti baru-baru ini. Secara asasnya, jika seseorang itu diharamkan kita berkahwin dengannya, maka orang itu adalah mahram. Jika dia halal untuk kita berkahwin dengannya, maka orang itu bukan mahram. Maka walaupun seseorang itu sudah menjadi ahli baru dalam keluarganya, batas aurat antara ipar dan biras tetap perlu dijaga.
BACA:Â [VIDEO] Tak Tutup Aurat, Suami Yang Tanggung? Ini Jawapan PU Azman Kepada Jihan
“Bukan orang lain pun”, tapi anda & ipar bukan mahram
Apa yang menyedihkan, persoalan berkaitan aurat kurang dititikberatkan gara-gara ramai yang keliru dan mengambil mudah tentangnya. Hakikatnya, setiap situasi hendaklah dicegah dengan hikmah demi mengelakkan diri daripada mendapat ‘dosa kering’ ketika bergaul dengan ahli keluarga. Untuk mendapatkan pemahaman yang lebih jelas, ikuti perkongsian daripada saudara Akhtar Syamir di laman Facebook miliknya.
Jangan ikut artis…dalam tak sedar kita menghalalkan yang haram
Bapa kepada 3 orang anak ini turut mengakui bahawa dahulu dia juga kurang memberi perhatian terhadap isu ini, namun adalah tidak susah pun untuk diamalkan. Oleh sebab itu, dia berkongsi beberapa cara atau tatatertib yang sopan bagi mengelakkan daripada berlakunya persentuhan antara ahli keluarga masing-masing. Dalam pada itu, dia juga menasihati orang ramai supaya jangan mudah terikut-ikut dengan setiap trend atau paparan ditonjolkan oleh figura hiburan. Sebaliknya rujuklah semula perkara yang dilarang dan disukai dalam agama Islam.
Sumber: FBÂ Akhtar Syamir